Malaysia legislation
Section 67
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 67
(2)
Laporan akauntan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah—
(a)
menyatakan bahawa akauntan itu pada mematuhi seksyen ini dan apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini telah memeriksa buku, akaun dan dokumen firma Peguam Syarie itu bagi apa-apa tempoh perakaunan yang dinyatakan dalam laporan itu;
(b)
menyatakan sama ada akauntan itu berpuas hati, daripada pemeriksaannya ke atas buku, akaun dan dokumen yang dikemukakan kepadanya dan daripada maklumat dan penjelasan yang diberi kepadanya, bahawa semasa tempoh perakaunan tersebut Peguam Syarie itu atau firmanya telah mematuhi apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 65;
(c)
menyatakan, jika akauntan itu tidak berpuas hati, perkara yang berkenaan dengannya dia tidak berpuas hati itu;
(d)
mengandungi apa-apa maklumat yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam Syarie di bawah seksyen 65; dan
(e)
dikemukakan kepada Ketua Pendaftar dalam tempoh tidak lebih daripada dua belas bulan atau apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, selepas berakhirnya tempoh perakaunan yang dinyatakan dalam laporan itu.
(3)
Tertakluk pada mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, tempoh perakaunan bagi maksud suatu laporan akauntan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah—
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
(a)
bermula pada habisnya tempoh perakaunan terakhir sebelumnya yang baginya suatu laporan akauntan telah diserahkan;
(b)
meliputi tidak kurang daripada dua belas bulan dalam satu tahun kalendar;
(c)
berakhir tidak lebih daripada dua belas bulan sebelum tarikh laporan itu dikemukakan kepada Ketua Pendaftar; dan
(d)
selaras dengan perenggan (a), (b) dan (c) bersamaan dengan suatu tempoh atau tempoh berturut-turut yang baginya akaun Peguam
Syarie itu atau firmanya biasanya disediakan.
(4)
Mana-mana Peguam Syarie yang tidak mematuhi seksyen ini hendaklah tertakluk pada prosiding tatatertib.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan pemeriksaan laporan akauntan, dsb.