Malaysia legislation

Section 73

of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019

Seksyen 73

(a)

suatu aduan dibuat kepada Majlis Peguam Syarie bahawa terdapat kelengahan tidak wajar di pihak Peguam Syarie berkaitan dengan apa-apa perkara yang Peguam Syarie itu atau firmanya telah diarahkan bagi pihak anak guam atau apa-apa perkara berkenaan dengan pentadbiran sesuatu amanah yang Peguam Syarie itu menjadi pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang atau lebih rakan kongsi atau pekerjanya;

(b)

Majlis Peguam Syarie melalui notis secara bertulis menghendaki

Peguam Syarie itu untuk memberikan penjelasan berkenaan dengan perkara itu;

(c)

Peguam Syarie itu telah, dalam tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu hari yang dinyatakan dalam notis tersebut, tidak

Profesion Guaman Syarie 61

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

memberikan penjelasan berkenaan dengan perkara itu yang dianggap cukup dan memuaskan oleh Majlis Peguam Syarie; dan

(d)

Peguam Syarie itu telah diberitahu secara bertulis oleh Majlis

Peguam Syarie bahawa dia telah gagal memberi penjelasan itu, peruntukan Jadual Ketiga kepada Akta kecuali perenggan 10 hendaklah terpakai bagi Peguam Syarie itu, tetapi berkenaan dengan dokumen yang dinyatakan dalam perenggan 1 Jadual Ketiga kepada Akta dan jumlah wang yang dinyatakan dalam perenggan 12 Jadual Ketiga kepada Akta, hanya setakat yang dokumen dan wang itu berkaitan dengan hal perkara aduan itu.

(2)

Majlis Peguam Syarie boleh, bagi maksud perenggan 9 dalam Jadual

Ketiga kepada Akta, membuat salinan kepada, atau mengambil cabutan daripada, dokumen yang berkaitan dengan perkara yang diadukan itu dan dengan perkara lain dalam amalan Peguam Syarie itu.

(3)

Dalam seksyen ini, perkataan “amanah” dan “pemegang amanah”

mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam subseksyen 65(4).

Kuasa Majlis Peguam Syarie untuk mengambil milik dokumen, dsb., daripada Peguam Syarie apabila dia merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan, dsb.

Section 73 — SYARIE LEGAL PROFESSION (FEDERAL TERRITORIES) ACT 2019