Malaysia legislation

Section 74

of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019

Seksyen 74

(a)

merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan atau perintah kebankrapan masih berkuat kuasa terhadapnya;

(b)

telah membuat suatu komposisi dengan pemiutangnya atau suatu surat ikatan perkiraan bagi faedah pemiutangnya;

(c)

suatu perintah supaya dia dibicarakan atau suatu perintah supaya suatu writ tahan harta telah dibuat terhadapnya; atau 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

(d)

merupakan orang yang kecelaruan mental sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615], dan Majlis Peguam Syarie mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa disebabkan perbuatan, kemungkiran atau ketidakupayaan Peguam Syarie itu atau pekerjanya—

(i)

terdapat kelengahan tidak wajar berkaitan dengan apa-apa perkara yang Peguam Syarie atau firmanya telah diarah bagi pihak anak guam atas apa-apa perkara berkaitan dengan pentadbiran suatu amanah yang Peguam Syarie itu menjadi pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang atau lebih rakan kongsi atau pekerjanya;

atau

(ii)

apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh Peguam Syarie atau firmanya itu kepada anak guamnya atau yang dipegang olehnya atau firmanya bagi pihak anak guamnya, atau yang tertakluk pada apa-apa amanah yang dia merupakan pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang atau lebih rakan kongsi atau pekerjanya, adalah dalam bahaya semasa berada dalam kawalan atau milikan Peguam Syarie itu atau firmanya, peruntukan Jadual Ketiga kepada Akta kecuali perenggan 10 hendaklah terpakai bagi Peguam Syarie itu.

(2)

Majlis Peguam Syarie boleh, bagi maksud perenggan 9 Jadual Ketiga kepada Akta membuat salinan kepada, atau mengambil cabutan daripada, dokumen yang berkaitan dengan apa-apa perkara yang disebut dalam subperenggan (1)(i) atau dengan apa-apa jumlah wang yang disebut dalam subperenggan (1)(ii) atau dengan perkara atau jumlah wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dengan perkara lain dalam amalan Peguam

Syarie itu.

(3)

Dalam seksyen ini, perkataan “amanah” dan “pemegang amanah”

mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam subseksyen 65(4).

Profesion Guaman Syarie 63

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

Wakil diri bertanggungan bagi perbuatan Peguam Syarie yang meninggal dunia