Skip to content
In forceUpdated to 5 Oct 2024Read it in English

Bahagian VIII · Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie

75. Wakil diri bertanggungan bagi perbuatan Peguam Syarie yang meninggal dunia

Feedback & support
(1)

Jika—

(a)

Majlis Peguam Syarie mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa wakil diri bagi Peguam Syarie yang telah meninggal dunia yang sebaik sebelum kematiannya telah menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atas namanya sendiri, bersalah atas kecurangan atau kelengahan tidak wajar dalam mentadbir hal ehwal amalan Peguam Syarie itu atau berkaitan dengan apa-apa amanah yang Peguam Syarie itu menjadi pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang atau lebih rakan kongsi atau pekerjanya; atau

(b)

Peguam Syarie meninggal dunia dan sebaik sebelum kematiannya peruntukan Jadual Ketiga kepada Akta terpakai baginya, peruntukan Jadual Ketiga kepada Akta kecuali perenggan 10 hendaklah terpakai bagi wakil diri Peguam Syarie itu dan hendaklah terus terpakai bagi wakil diri Peguam Syarie itu sebagaimana peruntukan itu terpakai atau telah terpakai, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan Peguam

Syarie yang disebut dalam peruntukan itu dan seolah-olah perkataan “wakil diri” telah, dengan penyesuaian yang perlu, menggantikan perkataan

“Peguam Syarie” di mana-mana jua perkataan tersebut terdapat dalam peruntukan itu.

(2)

Dalam seksyen ini, perkataan “amanah” dan “pemegang amanah”

mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam subseksyen 65(4).

Majlis Peguam Syarie hendaklah mengendalikan akaun bank anak guam bagi Peguam Syarie yang meninggal dunia

Report

Bahagian IX

Prosiding Tatatertib

Bahagian X

Kumpulan Wang Tatatertib

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules