Malaysia legislation
Section 76
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 76
Apabila Peguam Syarie meninggal dunia yang sebaik sebelum kematiannya telah menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atas namanya sendiri, hak untuk mengendalikan, atau menguruskan dengan cara lain, apa-apa akaun bank atas nama Peguam Syarie itu atau nama firmanya,
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
merupakan suatu akaun yang ke dalamnya telah dibayar apa-apa wang anak guam, hendaklah, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam
Akta ini yang berlawanan, terletak hak pada Majlis Peguam Syarie dengan mengenepikan hak mana-mana wakil diri Peguam Syarie itu dan boleh dijalankan mulai dari tarikh Peguam Syarie itu meninggal dunia.