Malaysia legislation
Section 77
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 77
(2)
Majlis Peguam Syarie boleh menjalankan bidang kuasa tatatertib ke atas apa-apa aduan berkenaan dengan salah laku mana-mana Peguam
Syarie dan pelatih dalam kamar.
(3)
Majlis Peguam Syarie hendaklah menubuhkan suatu cara, termasuk menubuhkan Lembaga Tatatertib untuk menguruskan aduan atau maklumat yang diterima terhadap Peguam Syarie dan apa-apa jawatankuasa lain untuk membantu Lembaga Tatatertib.
(4)
Bagi maksud Bahagian ini—
“Lembaga Tatatertib” ertinya Lembaga Tatatertib yang ditubuhkan oleh
Majlis Peguam Syarie di bawah subseksyen (3);
“salah laku” ertinya apa-apa kelakuan, atau peninggalan untuk bertindak sebagai, Peguam Syarie atas sifat profesionalnya atau selainnya yang dikira sebagai perbuatan tidak patut yang serius dan termasuklah—
(a)
sabitan atas kesalahan jenayah yang menjadikan dia tidak layak menjadi anggota profesionnya;
(b)
pelanggaran kewajipan kepada mahkamah syariah termasuk apa-apa kegagalannya untuk mematuhi suatu aku janji yang diberikan kepada mahkamah syariah itu;
Profesion Guaman Syarie 65
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
(c)
kelakuan kecurangan atau fraud dalam melaksanakan kewajipannya;
(d)
pelanggaran apa-apa kaedah-kaedah amalan dan etika profesion yang dibuat oleh Majlis Peguam Syarie di bawah Akta ini atau selainnya;
(e)
dihukum bankrap;
(f)
menawarkan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang yang telah mendapatkan pekerjaan dalam apa-apa urusan perundangan syariah bagi dirinya sendiri atau bagi mana-mana
Peguam Syarie lain;
(g)
secara langsung atau tidak langsung mendapatkan atau cuba mendapatkan pekerjaan bagi dirinya sendiri atau mana-mana
Peguam Syarie lain melalui atau atas arahan mana-mana orang yang kepadanya apa-apa saraan bagi memperoleh pekerjaan itu telah diberikan olehnya atau dipersetujui atau dijanjikan untuk diberikan sedemikian;
(h)
menerima pekerjaan dalam apa-apa urusan perundangan syariah melalui penarik langganan;
(i)
membenarkan mana-mana orang yang tidak diberi kuasa menjalankan urusan perundangan syariah atas namanya tanpa kawalan terus dan terdekat olehnya selaku ketua atau tanpa penyeliaan yang sepatutnya;
(j)
menjalankan sendiri, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa profesion, tred, perniagaan atau urusan yang tidak bersesuaian dengan profesion perundangan syariah atau diguna khidmat bagi ganjaran atau selainnya dalam apa-apa profesion, tred, perniagaan atau urusan itu;
(k)
pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini atau apa-apa arahan atau keputusan Majlis Peguam Syarie;
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
(l)
pengeluaran atau pemotongan namanya daripada Daftar, penggantungan atau teguran atas sifatnya sebagai Peguam Syarie di mana-mana Negeri lain atau telah melakukan kesalahan salah laku yang boleh menyebabkan dia dihukum di mana-mana Negeri lain;
(m)
mengenakan, tanpa perjanjian bertulis, berkenaan dengan perkhidmatan profesional yang diberikan kepada anak guam, fi atau kos yang terlalu berlebihan dalam semua hal keadaan;
(n)
terlalu mengabaikan kepentingan anak guamnya; dan
(o)
bertindak dalam apa-apa perkara yang tidak sepadan dengan
Peguam Syarie atau yang menyebabkan atau dijangka akan menyebabkan profesion perundangan syariah dipandang hina.
Aduan terhadap Peguam Syarie atau pelatih dalam kamar