Malaysia legislation

Section 82

of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019

Seksyen 82

(a)

mencatatkan teguran atau celaan bersetentang dengan nama

Peguam Syarie itu dalam Daftar;

(b)

pengenaan suatu denda yang tidak melebihi lima puluh ribu ringgit;

(c)

penggantungan Peguam Syarie itu daripada menjalankan amalan bagi tempoh yang tidak melebihi lima tahun; atau

Profesion Guaman Syarie 69

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(d)

pemotongan nama Peguam Syarie itu daripada Daftar.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga Tatatertib juga boleh membuat perintah restitusi wang pengadu sekiranya terbukti wang itu telah atau sedang dipegang oleh Peguam Syarie itu dalam sifat profesionalnya dan pengadu berhak terhadap pemulangan wang itu atau sebahagian wang itu.

(3)

Lembaga Tatatertib hendaklah, sebelum mengenakan mana-mana satu atau lebih penalti atau hukuman di bawah subseksyen (1) atau membuat perintah restitusi di bawah subseksyen (2), memberitahu Peguam Syarie mengenai niatnya untuk berbuat demikian dan memberinya peluang untuk didengar yang munasabah.

(4)

Jika Lembaga Tatatertib membuat perintah bahawa Peguam Syarie perlu membuat restitusi kepada pengadu, Lembaga Tatatertib boleh menyatakan masa yang restitusi itu hendaklah dibuat.

(5)

Pemulangan wang atau sebahagian wang yang disebut dalam subseksyen (2) boleh didapatkan oleh pengadu sebagai suatu hutang sivil.

Penggantungan Peguam Syarie

Section 82 — SYARIE LEGAL PROFESSION (FEDERAL TERRITORIES) ACT 2019