Malaysia legislation
Section 83
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 83
Jika Peguam Syarie—
(a)
telah didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah atas suatu kesalahan yang melibatkan kecurangan, penyalahgunaan atau pelesapan wang atau harta anak guam atau mana-mana orang lain;
(b)
telah dipotong namanya daripada Daftar;
(c)
telah dikeluarkan, digantung, ditegur atau dicela atas sifatnya sebagai Peguam Syarie di mana-mana Negeri lain;
(d)
merupakan subjek kepada apa-apa aduan mengenai apa-apa perbuatan curang yang dilakukan olehnya atas sifatnya sebagai
Peguam Syarie;
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
(e)
telah meninggalkan negara atau tidak hadir di pejabatnya dalam apa-apa hal keadaan yang Majlis Peguam Syarie boleh menganggap dengan munasabahnya bahawa dia telah melarikan diri; atau
(f)
selainnya tidak berdaya kerana kelemahan tubuh atau akal atau atas apa-apa sebab lain untuk melaksanakan dengan berkesan tugasnya sebagai Peguam Syarie, dan Majlis Peguam Syarie berpendapat bahawa adalah demi kepentingan awam atau kepentingan anak guamnya atau profesion yang Peguam Syarie tersebut digantung daripada menjalankan amalan, Majlis Peguam Syarie boleh memohon kepada Lembaga Tatatertib bagi suatu perintah menggantung
Peguam Syarie itu daripada menjalankan amalan sehingga notis selanjutnya diberikan.
Rayuan terhadap perintah atau keputusan Lembaga Tatatertib