Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 12

(2)

Jika suatu rancangan struktur bagi Negeri telah berkuat kuasa, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi seluruh kawasannya.

(3)

Suatu draf rancangan tempatan hendaklah mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis dan hendaklah—

(a)

merumuskan, yang mengandungi apa-apa perincian yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancang tempatan mengenai cadangannya bagi—

(i)

memajukan;

(ii)

menggunakan tanah dalam;

(iii)

melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal bagi;

(iv)

memelihara topografi semula jadi;

(v)

memperelok lanskap;

(vi)

memelihara dan menanam pokok dalam;

(vii)

mengadakan tanah lapang dalam;

(viii)

memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan dalam;

(ix)

memperelok sistem komunikasi dalam; dan 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

(x)

menguruskan lalu lintas dalam, kawasan rancangan tempatan; dan

(b)

mengandungi perkara yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa dalam apa-apa hal yang tertentu.

(4)

Suatu draf rancangan tempatan bagi sesuatu kawasan hendaklah mengandungi, atau disertakan dengan, gambar rajah, gambaran, dan bahan perihalan yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancang tempatan untuk maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam rancangan itu, atau yang ditetapkan oleh

Jawatankuasa, atau dalam apa-apa hal tertentu ditentukan dalam arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa; dan gambar rajah, gambaran, dan bahan perihalan itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada rancangan itu.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1129).

(6)

Tanpa menyentuh peruntukan seksyen ini yang terdahulu, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, jika Jawatankuasa memberikan ia arahan bagi maksud itu berkenaan dengan sebahagian daripada kawasan pihak berkuasa perancang tempatan itu yang baginya suatu draf rancangan struktur telah, atau sedang disediakan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan bagi bahagian itu suatu draf rancangan tempatan daripada jenis yang dinyatakan dalam arahan itu.

(7)

Arahan di bawah subseksyen (6) boleh diberikan oleh

Jawatankuasa sama ada sebelum atau selepas draf rancangan struktur itu berkuat kuasa.

(8)

Dalam merumuskan cadangannya dalam suatu draf rancangan tempatan, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memastikan bahawa cadangan itu pada amnya menurut rancangan struktur bagi

Negeri itu sebagaimana keadaannya pada masa ini, sama ada ia telah berkuat kuasa atau belum, dan hendaklah memberikan perhatian kepada apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang pada pendapatnya berkaitan, atau yang ditetapkan, atau yang Jawatankuasa dalam apa-apa hal tertentu mengarahkan ia mengambil kira.

Perancangan Bandar dan Desa 41

(9)

Sebelum memberikan apa-apa arahan di bawah subseksyen (8)

kepada suatu pihak berkuasa perancang tempatan, Jawatankuasa hendaklah berunding dengan pihak berkuasa perancang tempatan itu mengenai arahan yang dicadangkan itu.

Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan tempatan

Section 12 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my