Malaysia legislation
Section 12A
Seksyen 12A
Sebelum memulakan penyediaan suatu rancangan tempatan, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengambil apa-apa langkah yang pada pendapatnya akan memastikan—
(a)
bahawa publisiti diberikan di dalam kawasannya mengenai draf rancangan tempatan yang akan disediakan, matlamatnya dan maksud bagi penyediaannya, dan perkara yang pihak berkuasa perancang tempatan bercadang untuk memasukkannya ke dalam rancangan itu;
(b)
bahawa orang yang mungkin dijangkakan ingin mendapatkan peluang untuk membuat representasi kepada pihak berkuasa perancang tempatan itu berkenaan dengan perkara itu menyedari bahawa mereka berhak mendapat, dan diberi, peluang untuk berbuat demikian.
Publisiti berkaitan dengan draf rancangan tempatan