Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(1A)
Jawatankuasa boleh, selepas menimbangkan suatu draf rancangan tempatan yang dikemukakan kepadanya, sama ada meluluskannya, secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya dan dengan atau tanpa ubah suaian, atau menolaknya.
(1B)
Dalam menimbangkan draf rancangan tempatan itu,
Jawatankuasa boleh mengambil kira apa-apa perkara yang difikirkannya berkaitan, sama ada atau tidak perkara itu telah diambil kira dalam rancangan itu seperti yang dikemukakan atau dikemukakan semula kepadanya.
(1C)
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan draf rancangan tempatan yang telah diluluskan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri, dan apabila persetujuan diberikan, rancangan itu hendaklah berkuat kuasa.
(2)
(Dipotong oleh Akta A1129).
(3)
(Dipotong oleh Akta A1129).
(4)
Pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengarahkan supaya fakta persetujuan Pihak Berkuasa Negeri mengenai draf rancangan tempatan disiarkan dalam Warta Negeri dan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, bersama dengan tanda yang dengannya rancangan itu boleh dikenal pasti dan dengan suatu pernyataan mengenai tempat di mana rancangan itu boleh diperiksa.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
(5)
Rancangan tempatan hendaklah menepati rancangan struktur tetapi jika pada bila-bila masa selepas suatu rancangan tempatan telah berkuat kuasa terdapat perbezaan dalam peruntukan antara rancangan tempatan dengan rancangan struktur bagi Negeri itu, dan Jawatankuasa berpuas hati bahawa ini disebabkan oleh rancangan struktur Negeri itu telah ketinggalan zaman, Jawatankuasa hendaklah merujukkan perbezaan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi keputusannya.
(6)
Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa perbezaan itu memang disebabkan oleh rancangan struktur Negeri itu telah ketinggalan zaman, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta Negeri, mengisytiharkan bahawa rancangan tempatan itu hendaklah mengatasi rancangan struktur berkaitan dengan peruntukan yang berkenaan itu.
Pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan tempatan