Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 16

(2)

Tanpa menyentuh subseksyen (1), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, jika Jawatankuasa memberikan ia arahan bagi maksud itu berkenaan dengan suatu rancangan tempatan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan cadangan daripada jenis yang dinyatakan dalam arahan itu, iaitu cadangan untuk pengubahan, pembatalan, atau penggantian rancangan itu.

(3)

Subseksyen 12(8) dan (9), dan seksyen 13, 14 dan 15, hendaklah terpakai berhubung dengan pembuatan cadangan untuk pengubahan, pembatalan, atau penggantian suatu rancangan tempatan di bawah seksyen ini dan berkenaan dengan apa-apa pengubahan, pembatalan atau penggantian rancangan itu yang berikutnya, sebagaimana ia terpakai berhubung dengan penyediaan draf rancangan tempatan di bawah seksyen 12 dan berhubung dengan draf rancangan tempatan yang disediakan di bawahnya.

Perancangan Bandar dan Desa 45

Penyediaan, dsb., rancangan tempatan oleh Pengarah Negeri

Section 16 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my