Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 21

(2)

Jika pemohon itu bukan pemunya tanah yang di atasnya pemajuan hendak dijalankan, keizinan bertulis pemunya tanah mengenai pemajuan yang dicadangkan itu hendaklah diperoleh dan dicatatkan dalam permohonan itu.

(3)

Jika pemajuan itu melibatkan pendirian suatu bangunan, pihak berkuasa perancang tempatan boleh memberikan arahan bertulis kepada pemohon itu berkenaan dengan mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu—

(a)

aras tapak bangunan itu;

(b)

garisan hadapan dengan bangunan yang berjiran;

(c)

penaikan bangunan itu;

(d)

kelas, reka bentuk, dan rupa bangunan itu;

(e)

bahagian belakang bangunan itu ke suatu garisan bangunan;

(f)

laluan masuk ke tanah yang di atasnya bangunan itu akan didirikan; dan

Perancangan Bandar dan Desa 51

(g)

apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa perancang tempatan bagi maksud perancangan.

(4)

Pemohon yang diberikan apa-apa arahan bertulis di bawah subseksyen (3) hendaklah meminda pelan yang dikemukakan dengan permohonannya itu dengan sewajarnya dan mengemukakan semula pelan itu dalam tempoh atau tempoh lanjutan yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.

(5)

Jika pelan itu tidak dikemukakan semula dalam tempoh yang ditentukan atau tempoh yang dilanjutkan itu, permohonan untuk kebenaran merancang itu hendaklah disifatkan sebagai telah ditarik balik tetapi pemohon itu boleh mengemukakan permohonan baharu.

(6)

Jika pemajuan yang dicadangkan itu bertempat di sesuatu kawasan yang berkenaan dengannya tidak ada rancangan tempatan pada masa itu, maka, setelah menerima permohonan untuk kebenaran merancang, atau, jika arahan telah diberikan di bawah subseksyen (3), setelah dipatuhi arahan itu, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada pemunya tanah berjiran, memberitahu mereka akan hak mereka untuk membantah permohonan itu dan untuk menyatakan alasan bagi bantahan mereka dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan.

(7)

Jika ada bantahan yang diterima menurut subseksyen (6), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas tamatnya tempoh bantahan boleh dibuat, mendengar—

(a)

pemohon untuk kebenaran merancang itu; dan

(b)

mana-mana orang yang telah memasukkan bantahan menurut subseksyen (6) dan yang, dalam memasukkan bantahan itu, telah meminta suatu pendengaran.

(8)

Dalam seksyen ini, “tanah berjiran” ertinya—

(a)

tanah yang bersempadan dengan tanah yang berhubungan dengan sesuatu permohonan di bawah seksyen ini;

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

(b)

tanah yang dipisahkan dari tanah yang berhubungan dengan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini oleh mana-mana jalan, lorong, parit atau tanah rizab yang lebarnya tidak melebihi 20 meter dan yang akan bersempadan dengan tanah yang berhubungan dengan permohonan itu jika tidak kerana dipisahkan oleh jalan, lorong, parit atau tanah rizab itu;

(c)

tanah yang terletak dalam jarak 200 meter dari sempadan tanah yang berhubungan dengan sesuatu permohonan di bawah seksyen ini jika jalan masuk ke tanah yang berhubungan dengan permohonan itu ialah jalan mati yang digunakan oleh pemunya tanah itu dan pemunya tanah yang berhubungan dengan permohonan itu.

Laporan cadangan pemajuan

Section 21 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my