Malaysia legislation

Section 21A

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 21A

(a)

konsep dan justifikasi pemajuan;

(b)

peta lokasi dan pelan tapak;

(c)

butir-butir hak milik tanah dan sekatan, jika ada;

(d)

(i)

perihal tanah termasuk alam sekitar dari segi fizikal, topografi, lanskap, geologi, kontur, saliran, air dan tadahan air dan bentuk semula jadi di atasnya;

(ii)

suatu tinjauan pokok dan semua jenis tumbuh-tumbuhan; dan

(iii)

butir-butir bangunan, yang berkemungkinan disentuh oleh pemajuan itu;

Perancangan Bandar dan Desa 53

(e)

analisis guna tanah dan kesannya terhadap tanah yang bersempadan;

(ea) analisis dan langkah-langkah mitigasi bagi impak sosial dan impak lain sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan;

(f)

pelan susun atur yang mengandungi butir-butir yang ditentukan dalam seksyen 21B; dan

(g)

apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.

(1A)

(Dipotong oleh Akta A1522).

(2)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui kaedah-kaedah, mengecualikan apa-apa pemajuan atau kelas, jenis atau kategori pemajuan daripada mengemukakan—

(a)

suatu laporan cadangan pemajuan di bawah subseksyen (1); atau

(b)

suatu laporan cadangan pemajuan yang mengandungi mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a)

hingga (g).

Pelan susun atur

Section 21A — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my