Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 22

(2)

Dalam menguruskan sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memberikan pertimbangan kepada apa-apa perkara yang pada pendapatnya suai manfaat atau perlu untuk merancang dengan wajar dan khususnya—

(a)

peruntukan rancangan pemajuan itu, jika ada;

(aa) arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa, jika ada;

(b)

peruntukan yang pada fikirannya mungkin akan dibuat dalam mana-mana rancangan pemajuan yang sedang disediakan atau yang hendak disediakan, atau cadangan yang berhubungan dengan peruntukan itu;

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

(ba) peruntukan *Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993

[Akta 508];

(bb) laporan cadangan pemajuan;

(bc) peruntukan

Akta

Pengurusan

Sisa

Pepejal dan

Pembersihan Awam 2007 [Akta 672]; dan

(c)

bantahan, jika ada, yang dibuat di bawah seksyen 21.

(2A)

Jika permohonan yang dikemukakan di bawah seksyen ini melibatkan—

(a)

pembangunan suatu perbandaran baharu bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu, atau meliputi suatu kawasan yang lebih daripada satu ratus hektar, atau kedua-duanya;

(b)

suatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama; atau

(c)

suatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitif dalam suatu rancangan pemajuan,

Jawatankuasa hendaklah meminta daripada Majlis nasihatnya berkenaan dengan permohonan yang dikemukakan itu.

(2B)

Bagi maksud subseksyen (2A), pemajuan bagi pembinaan infrastruktur atau kemudahan utama hendaklah termasuk—

(a)

kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan kereta api dan lebuh raya; dan

(b)

kerja kemudahan negara seperti pendirian empangan, stesen jana kuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik.

*CATATAN— Dimansuhkan oleh Akta 665 berkenaan dengan pemakaiannya di Semenanjung Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Perancangan Bandar dan Desa 57

(3)

Selepas memberikan pertimbangan kepada perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) itu, pihak berkuasa perancang tempatan boleh, tertakluk pada subseksyen (4), memberikan kebenaran merancang sama ada secara mutlak atau tertakluk pada syarat yang difikirkannya patut dikenakan, atau enggan memberikan kebenaran merancang.

(4)

Pihak berkuasa perancang tempatan tidak boleh memberikan kebenaran merancang jika—

(a)

pemajuan yang berkenaan dengannya kebenaran itu dipohon akan berlanggaran dengan apa-apa peruntukan rancangan pemajuan itu;

(aa) pemajuan yang berkenaan dengannya kebenaran itu dipohon akan berlanggaran dengan peruntukan perenggan (2)(aa); atau

(b)

pemohon untuk kebenaran merancang itu belum membayar caj pemajuan yang kena dibayar berkenaan dengan pemajuan itu atau belum mendapat kebenaran pihak berkuasa perancang tempatan di bawah subseksyen 34(1) untuk membayar caj pemajuan secara ansuran.

(5)

Syarat-syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3)

bolehlah termasuk mana-mana atau kesemua syarat-syarat yang berikut, iaitu, syarat-syarat—

(a)

yang memberi kesan bahawa kebenaran merancang yang diberikan berkenaan dengan apa-apa perubahan mengenai penggunaan tanah atau bangunan hanya untuk suatu tempoh yang terhad dan bahawa, selepas tamat tempoh itu, penggunaan tanah atau bangunan itu sebagaimana yang dibenarkan oleh kebenaran merancang itu hendaklah terhenti dan tanah atau bangunan itu hendaklah dikembalikan kepada kegunaan yang asal;

(b)

untuk mengawal selia—

(i)

pemajuan dan penggunaan mana-mana tanah lain yang di bawah kawalan pemohon itu yang

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

bersempadanan dengan tanah yang berkenaan dengannya kebenaran merancang itu diberikan;

dan

(ii)

sebagaimana yang didapati pihak berkuasa perancang tempatan suai manfaat untuk pemajuan yang berkenaan dengannya diberikan kebenaran merancang itu, kerja yang boleh dijalankan atas mana-mana tanah lain dan cara dan setakat mana kerja itu boleh dijalankan;

(c)

bagi memastikan pemajuan tanah dibuat mengikut pelan susun atur yang diluluskan;

(d)

yang melarang perbuatan merosakkan tanah, alam sekitarnya dari segi fizikal, topografi semula jadi dan lanskapnya;

(e)

yang melarang pemusnahan atau pengubahan apa-apa bentuk semula jadi tanah;

(f)

yang melarang penebangan pokok daripada saiz, umur, jenis atau spesies tertentu di mana-mana lokasi yang tertentu, melainkan jika ia dilakukan sebagai mematuhi mana-mana undang-undang bertulis;

(g)

bagi memastikan penanaman atau penanaman semula pokok daripada saiz, umur, jenis atau spesies tertentu di mana-mana lokasi yang tertentu mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan;

(h)

bagi memastikan tanah lapang diadakan mengikut pelan susun atur yang diluluskan;

(i)

jika pemajuan melibatkan pendirian suatu bangunan baharu, atau pendirian semula atau pembesaran suatu bangunan atau sebahagian daripadanya, syarat-syarat untuk memastikan bangunan baharu itu serasi dengan seni bina, ciri atau rupa yang tergambar pada bangunan yang terletak di kawasan sekelilingnya, yang pihak berkuasa perancang

Perancangan Bandar dan Desa 59

tempatan berhasrat untuk melindungi, memelihara atau mengindahkan;

(j)

jika pemajuan melibatkan apa-apa tambahan kepada atau pengubahan suatu bangunan yang sedia ada yang mempunyai seni bina tersendiri atau kepentingan sejarah, syarat untuk memastikan muka bangunan dan ciri luaran lain bangunan itu dikekalkan; dan

(k)

jika pemajuan melibatkan pendirian semula suatu bangunan yang mempunyai seni bina tersendiri atau kepentingan sejarah atau perobohannya dan pendirian suatu bangunan baharu di tempatnya, syarat-syarat untuk memastikan muka bangunan dan ciri luaran lain bangunan yang dirobohkan itu dikekalkan.

(5A)

Menjadi kewajipan pihak berkuasa perancang tempatan untuk memastikan perintah pemeliharaan pokok, jika ada, dipatuhi, jika kebenaran merancang diberikan.

(6)

Jika kebenaran merancang diberikan, sama ada dengan atau tanpa syarat, ia hendaklah disampaikan kepada pemohonnya dalam bentuk yang ditetapkan dan pada masa itu juga suatu notis mengenai pemberian kebenaran itu hendaklah diberikan kepada mana-mana orang yang telah membuat apa-apa bantahan menurut subseksyen 21(6).

Rayuan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan

Section 22 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my