Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(a)
seseorang pemohon bagi kebenaran merancang yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan yang enggan memberikan kebenaran merancang atau dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan dalam memberikan kebenaran merancang itu; dan 60 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
(b)
seseorang yang telah membuat bantahan menurut subseksyen 21(6) dan yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan berhubung dengan bantahannya.
(2)
Dalam menimbangkan sesuatu rayuan, Lembaga Rayuan hendaklah mendengar pihak merayu dan pihak berkuasa perancang tempatan itu.
(3)
Selepas mendengar rayuan itu, Lembaga Rayuan boleh membuat sesuatu perintah—
(a)
mengesahkan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan itu dan menolak rayuan;
(b)
membenarkan rayuan itu dengan mengarahkan pihak berkuasa perancang tempatan memberikan kebenaran merancang secara mutlak atau tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga Rayuan;
(c)
membenarkan rayuan itu dengan mengetepikan apa-apa kebenaran merancang yang telah diberikan; atau
(d)
membenarkan rayuan itu dengan mengarahkan pihak berkuasa perancang tempatan itu memotong atau mengubah suai mana-mana syarat yang tertakluk padanya kebenaran merancang itu telah diberikan atau menggantikan syarat itu dengan apa-apa syarat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga Rayuan.
Luputnya kebenaran merancang