Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 27

(2)

Jika pihak berkuasa perancang tempatan berpuas hati bahawa, sekiranya sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang atau pelanjutan tempoh kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah dibuat di bawah seksyen 22 atau subseksyen 24(3) sebelum pemajuan itu dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, ia tentu, pada menjalankan kuasanya dengan wajar di bawah seksyen itu, enggan memberikan kebenaran merancang untuk pemajuan itu, maka pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah—

(a)

jika pemajuan itu telah siap, menyampaikan kepada pemunya dan juga penduduk tanah itu suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki kedua-dua daripada mereka itu mematuhi, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, kehendak, yang hendaklah dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu supaya tanah itu dipulihkan semula setakat yang mungkin seperti keadaannya sebelum pemajuan itu dimulakan;

(b)

jika pemajuan itu belum siap, menyampaikan kepada pemunya tanah itu dan kepada orang yang, pada pendapat

* CATATAN—Dahulunya “satu ribu ringgit”–lihat Akta A933.

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

pihak berkuasa perancang tempatan itu, menjalankan pemajuan itu, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki kedua-dua mereka itu menghentikan pemajuan itu dengan serta-merta dan mematuhi, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan, kehendak, yang hendaklah dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu supaya tanah itu dipulihkan semula setakat yang mungkin seperti keadaannya sebelum pemajuan itu dimulakan.

(3)

Jika pihak berkuasa perancang tempatan tidak puas hati sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), dia hendaklah menyampaikan kepada pemunya, penduduk, atau orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, menjalankan pemajuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu notis memberitahunya akan pelanggaran itu dan menghendaki dia memohon kebenaran merancang dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh tambahan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu.

(4)

Dalam mana-mana hal yang termasuk di bawah subseksyen (3), pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah juga, jika pemajuan itu belum siap, menyampaikan kepada pemunya dan orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, menjalankan pemajuan itu, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki mereka menghentikan pemajuan itu dengan serta-merta.

(5)

Pemberian notis di bawah subseksyen (3) tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda mahu memberikan kebenaran merancang dan hendaklah tidak menyentuh kuasa pihak berkuasa perancang tempatan bagi menolak permohonan untuk kebenaran merancang; dan notis itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan yang bermaksud sedemikian.

(6)

Mana-mana orang yang terus menjalankan apa-apa pemajuan selepas dikehendaki menghentikannya melalui suatu notis yang disampaikan kepadanya di bawah perenggan (2)(b) atau subseksyen (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda

Perancangan Bandar dan Desa 67

tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya sehingga **lima ribu ringgit bagi setiap satu hari pemajuan itu dijalankan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

(7)

Seksyen 21 dan 22 hendaklah terpakai bagi permohonan untuk kebenaran merancang di bawah subseksyen (3), tetapi sebagai tambahan kepada apa-apa fi yang ditetapkan bagi maksud seksyen 21, fi selanjutnya yang ditetapkan hendaklah kena dibayar berkenaan dengan permohonan itu.

(8)

Jika tiada permohonan dibuat di bawah subseksyen (3) dalam masa yang dibenarkan atau jika permohonan itu ditolak, pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah menyampaikan kepada pemunya, penduduk, atau orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, menjalankan pemajuan itu, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki mana-mana atau kesemua daripada mereka itu mematuhi, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan, kehendak, yang hendaklah dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu supaya tanah itu dipulihkan semula setakat yang mungkin seperti keadaannya sebelum pemajuan itu dimulakan.

(9)

Tertakluk pada subseksyen (10), mana-mana orang yang gagal mematuhi mana-mana kehendak suatu notis di bawah subseksyen (2)

atau (8) dalam tempoh yang dibenarkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya sehingga **lima ribu ringgit bagi setiap hari kegagalan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

(10)

Tiada penduduk mana-mana tanah yang berhubungan dengan suatu notis di bawah subseksyen (2) atau (8), yang juga bukannya

*CATATAN—Dahulunya “lima puluh ribu ringgit”–lihat Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan)

1995 [Akta A933].

**CATATAN—Dahulunya “satu ribu ringgit”–lihat Akta A933.

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

pemunya tanah itu, boleh disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (9) jika dia membuktikan bahawa pemajuan yang berkenaan dengan notis itu tidak dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, atau dibenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan olehnya.

(11)

Dalam seksyen ini, “pemajuan” termasuklah apa-apa bahagian atau bentuk suatu pemajuan.

Penguatkuasaan dalam hal pelanggaran seksyen 20

Section 27 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my