Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 26

(a)

menggunakan atau membenarkan untuk digunakan mana-mana tanah atau bangunan yang berlanggaran dengan seksyen 18;

(b)

memulakan, mengusahakan, atau menjalankan, atau membenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, apa-apa pemajuan yang berlanggaran dengan seksyen 19 atau seksyen 20;

(c)

memulakan, mengusahakan, atau menjalankan, atau membenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, apa-apa pemajuan jika kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pemajuan itu telah dibatalkan menurut seksyen 25; atau

(d)

memulakan, mengusahakan, atau menjalankan, atau membenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, apa-apa pemajuan selepas kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pemajuan itu telah diubah suai menurut seksyen 25 dan pemajuan yang dimulakan, diusahakan, atau dijalankan sedemikian tidak selaras dengan kebenaran atau kelulusan yang diubah suai itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan, berkenaan dengan suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sehingga

*CATATAN—Dahulunya “satu ratus ribu ringgit”–lihat Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan)

1995 [Akta A933].

Perancangan Bandar dan Desa 65

*lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

(2)

Melainkan jika dibuktikan sebaliknya, pemunya tanah yang berkenaan dengannya apa-apa perbuatan yang menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan hendaklah disifatkan sebagai telah membenarkan perbuatan itu dilakukan.

Penguatkuasaan dalam hal pelanggaran seksyen 19

Section 26 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my