Malaysia legislation

Section 29

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 29

(2)

Jika pihak berkuasa perancang tempatan berpuas hati bahawa mana-mana bahagian, aspek, atau bentuk pemajuan yang tidak selaras dengan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan yang diubah suai itu boleh diubah suai, ditambah atau diroboh supaya selaras dengan kebenaran atau kelulusan yang diubah suai itu, maka pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah—

(a)

jika pemajuan itu telah siap, menyampaikan kepada pemunya dan juga penduduk tanah itu suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki kedua-dua mereka itu mematuhi, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, kehendak, yang hendaklah dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan supaya selaras dengan kebenaran atau kelulusan yang diubah suai itu;

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

(b)

jika pemajuan itu belum siap, menyampaikan kepada pemunya tanah itu dan kepada orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, menjalankan pemajuan itu, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki mereka itu—

(i)

menghentikan semua aktiviti dengan serta-merta, kecuali aktiviti yang perlu untuk mematuhi kehendak pihak berkuasa perancang tempatan itu di bawah subperenggan (ii) dan aktiviti lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, sehingga pihak berkuasa perancang tempatan itu berpuas hati bahawa kehendak itu telah dipatuhi; dan

(ii)

mematuhi, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, kehendak, yang dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan supaya selaras dengan kebenaran atau kelulusan yang diubah suai itu.

(3)

Jika pihak berkuasa perancang tempatan itu tidak berpuas hati sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), maka pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah menyampaikan kepada pemunya tanah itu dan, jika pemajuan itu belum siap, kepada orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, menjalankan pemajuan itu, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki mereka itu mematuhi, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, kehendak, yang dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan supaya tanah itu dipulihkan semula setakat yang mungkin seperti keadaannya sebelum pemajuan itu dimulakan.

(4)

Tertakluk pada subseksyen (5), mana-mana orang yang gagal mematuhi mana-mana kehendak suatu notis di bawah perenggan (2)(a), subperenggan (2)(b)(ii), atau subseksyen (3) dalam tempoh yang

Perancangan Bandar dan Desa 73

dibenarkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya sehingga **lima ribu ringgit bagi setiap hari kegagalan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

(5)

Tiada penduduk mana-mana tanah yang berhubungan dengan suatu notis di bawah perenggan 2(a), yang juga bukannya pemunya tanah itu, boleh disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (4)

jika dia membuktikan bahawa pemajuan yang berkenaan dengan notis itu tidak dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, atau dibenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan olehnya.

(6)

Mana-mana orang yang terus menjalankan apa-apa aktiviti selepas dikehendaki menghentikannya melalui suatu notis yang disampaikan kepadanya di bawah subperenggan (2)(b)(i) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya sehingga **lima ribu ringgit bagi setiap hari aktiviti itu berterusan sedemikian selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

Notis rekuisisi

Section 29 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my