Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 30

(a)

bahawa apa-apa penggunaan tanah patutlah dihentikan;

(b)

bahawa syarat-syarat patut dikenakan atas penggunaannya yang berterusan; atau

(c)

bahawa mana-mana bangunan atau kerja di atas mana-mana tanah patut diubah atau dipindahkan,

*CATATAN—Dahulunya “lima puluh ribu ringgit”–lihat Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan)

1995 [Akta A933].

**CATATAN—Dahulunya “satu ribu ringgit”–lihat Akta A933.

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

pihak berkuasa perancang tempatan boleh, dengan kelulusan Pihak

Berkuasa Negeri, melalui notis rekuisisi yang disampaikan kepada pemunya tanah itu—

(i)

menghendaki supaya dihentikan penggunaan itu;

(ii)

mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu; atau

(iii)

menghendaki supaya langkah yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja itu, dan pemunya itu hendaklah, dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu, yang tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu disampaikan, mematuhi kehendak atau syarat itu.

(2)

Seseorang yang terkilan dengan suatu notis rekuisisi boleh, dalam tempoh yang dinyatakan di dalamnya dan dengan cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan.

(3)

Jika sesuatu rayuan difailkan di bawah subseksyen (2), notis rekuisisi itu hendaklah digantung sehingga rayuan itu diputuskan atau ditarik balik.

(4)

Dalam menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (2),

Lembaga Rayuan hendaklah mendengar perayu dan pihak berkuasa perancang tempatan itu.

(5)

Jika pemunya tanah yang berhubungan dengan notis rekuisisi itu, akibat daripada pematuhan notis rekuisisi itu, telah menanggung kerosakan yang berupa kesusutan nilai tanah itu atau telah melakukan perbelanjaan atau kos dalam menjalankan kerja bagi mematuhi notis itu, dia boleh menuntut daripada pihak berkuasa perancang tempatan, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, pampasan bagi kerosakan, perbelanjaan atau kos itu.

(6)

Jika suatu tuntutan dibuat di bawah subseksyen (5), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, selepas memberikan orang

Perancangan Bandar dan Desa 75

yang membuat tuntutan itu peluang untuk didengar, menawarkan kepadanya pampasan yang difikirkan memadai oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu.

(7)

Jika orang yang ditawarkan pampasan di bawah subseksyen (6) itu terkilan dengan amaun pampasan itu, dia boleh, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan dan

Lembaga Rayuan hendaklah menaksir amaun pampasan yang hendak dibayar.

(8)

Seseorang yang gagal mematuhi suatu notis rekuisisi yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen (1) dalam tempoh yang dinyatakan dalamnya atau, jika suatu rayuan telah dibuat di bawah subseksyen (2), dalam suatu tempoh selepas rayuan itu diputuskan atau ditarik balik yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sehingga **lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

Pelaksanaan oleh orang diberi kuasa

Section 30 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my