Malaysia legislation
Section 2A
Seksyen 2A
(a)
seorang Pengerusi, iaitu Perdana Menteri;
(b)
seorang Timbalan Pengerusi, iaitu Timbalan Perdana
Menteri;
(c)
Menteri;
(d)
Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, jika dia bukan juga Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa;
(e)
Menteri Kewangan;
(f)
Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah;
(g)
Menteri Besar atau Ketua Menteri tiap-tiap Negeri;
(h)
Menteri yang bertanggungjawab bagi
Wilayah
Persekutuan; dan
(i)
tidak lebih daripada tujuh anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Pengerusi.
(2)
Fungsi Majlis Perancang Fizikal Negara adalah—
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
(a)
untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka dasar negara, perancangan bandar dan desa sebagai suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mapan di dalam negara;
(b)
untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, mengenai perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa yang dikehendaki di bawah Akta ini; dan
(c)
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta ini.
(3)
Majlis boleh dari semasa ke semasa memberi Ketua Pengarah
Perancangan Bandar dan Desa arahan yang selaras dengan peruntukan
Akta ini, dan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah menguatkuasakan arahan itu.
(4)
Majlis boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
(5)
Majlis hendaklah bermesyuarat sekali tiap-tiap empat bulan dalam suatu tahun dan hendaklah, sebagai tambahan, bermesyuarat jika dan apabila Pengerusi memanggil mesyuarat.
(6)
Majlis hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa