Malaysia legislation

Section 2B

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 2B

(a)

untuk menjalankan, menggalakkan dan menyelaraskan penyelidikan berhubung dengan apa-apa aspek perancangan bandar dan desa;

Perancangan Bandar dan Desa 21

(b)

untuk menyiarkan laporan, buletin, perangkaan, monograf dan terbitan lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya;

(c)

untuk memberikan maklumat dan pendidikan kepada orang ramai berkenaan dengan perancangan bandar dan desa;

(d)

untuk membuat laporan kepada dan menasihati Majlis mengenai perkara yang berkaitan dengan penggunaan perancangan bandar dan desa dalam pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam negara dan mengenai apa-apa pindaan yang difikirkannya wajar kepada mana-mana undang-undang yang menyentuh perancangan bandar dan desa dan mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan oleh Majlis kepadanya;

(e)

untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan setiap Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan perancangan bandar dan desa.

(2)

Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah menjadi Setiausaha kepada Majlis.

Dasar perancangan am