Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 36

(2)

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, melalui pemberitahuan dalam

Warta Negeri, melantik—

*CATATAN—Dahulunya “lima ribu ringgit”–lihat Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001

[Akta A1129].

Perancangan Bandar dan Desa 85

(a)

dengan persetujuan Menteri, seorang Pengerusi dan seorang

Timbalan Pengerusi bagi Lembaga Rayuan itu, iaitu orang yang menjadi atau telah menjadi hakim atau peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi atau anggota Perkhidmatan

Kehakiman dan

Perundangan

Malaysia atau yang berpengalaman dari segi kehakiman atau kelayakan dan pengalaman sesuai yang lain; dan

(b)

beberapa orang yang layak, tidak melebihi dua belas orang, yang difikirkan memadai oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk menjadi ahli tambahan Lembaga Rayuan itu.

(3)

Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun yang hendaklah ditentukan oleh Pihak

Berkuasa Negeri dalam pemberitahuan pelantikan itu, tetapi layak dilantik semula.

(4)

Pihak Berkuasa Negeri boleh membatalkan pelantikan seseorang ahli Lembaga Rayuan tanpa memberi apa-apa sebab.

(5)

Apabila Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya oleh sebab sakit, tidak berada di Malaysia, atau oleh apa-apa sebab lain,

Timbalan Pengerusi hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi itu; dan pada menjalankan fungsi itu, Timbalan Pengerusi hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai Pengerusi Lembaga Rayuan itu.

(6)

Bila mana timbul suatu keperluan untuk memanggil

Lembaga Rayuan bermesyuarat, Pengerusi hendaklah meminta mana-mana dua orang daripada ahli yang dilantik di bawah perenggan (2)(b) supaya berkhidmat dengannya dalam Lembaga

Rayuan itu; dan menjadi kewajipan tiap-tiap ahli yang diminta sedemikian, berkhidmat dalam Lembaga Rayuan, melainkan jika dia dikecualikan oleh Pengerusi, atas alasan yang difikirkan munasabah oleh Pengerusi, daripada berkhidmat sedemikian.

(7)

Seseorang ahli Lembaga Rayuan yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam apa-apa perkara yang ada di hadapan Lembaga

Rayuan hendaklah, sebaik sahaja dia sedar akan kepentingannya,

86 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

menzahirkan fakta dan jenis kepentingan itu kepada Pengerusi dan tidak boleh mengambil bahagian atau bahagian selanjutnya dalam prosiding Lembaga Rayuan itu yang berhubungan dengan perkara itu.

(8)

Tiap-tiap penzahiran kepentingan yang dibuat di bawah subseksyen (7) hendaklah direkodkan.

(9)

Tiap-tiap keputusan Lembaga Rayuan hendaklah dibuat oleh Pengerusi setelah menimbangkan pendapat dua orang ahli yang lain itu, tetapi dalam membuat keputusan itu Pengerusi tidak terikat untuk bersetuju dengan pendapat dua orang ahli yang lain itu atau salah seorang daripada mereka, tetapi jika Pengerusi tidak bersetuju dengannya, dia hendaklah merekodkan sebab dia tidak bersetuju.

(10)

Berkenaan dengan sesuatu rayuan di hadapannya, Lembaga

Rayuan—

(a)

hendaklah mendengar perayu dan pihak berkuasa perancang tempatan;

(b)

boleh memanggil dan memeriksa saksi;

(c)

boleh menghendaki mana-mana orang mengikat dirinya atas sumpah untuk menyatakan yang benar;

(d)

boleh memaksa pengemukaan dan penghantarserahan apa-apa dokumen yang difikirkan berkaitan atau material olehnya bagi rayuan itu;

(e)

boleh mengesahkan, mengubah atau mengakas perintah atau keputusan yang dirayu;

(f)

boleh mengawardkan kos; dan

(g)

boleh membuat apa-apa perintah sama ada yang diperuntukkan atau tidak oleh, dan yang selaras dengan

Akta ini.

Perancangan Bandar dan Desa 87

(11)

Tiap-tiap orang yang dipanggil oleh Lembaga Rayuan untuk menghadiri prosiding diwajibkan di sisi undang-undang untuk hadir di tempat dan pada masa yang ditentukan dalam saman itu dan tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh Lembaga

Rayuan untuk mengemukakan atau menghantar serah apa-apa dokumen kepadanya atau kepada mana-mana pekhidmat awam diwajibkan di sisi undang-undang untuk mengemukakan atau menghantar serah dokumen sedemikian.

(12)

Semua saman, notis, award, dan perintah yang dikeluarkan, dibuat, atau diberi di bawah tandatangan Pengerusi hendaklah disifatkan sebagai dikeluarkan, dibuat, atau diberikan oleh Lembaga

Rayuan.

(13)

Sesuatu perintah yang dibuat oleh Lembaga Rayuan atas suatu rayuan di hadapannya adalah muktamad, tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, dan hendaklah mengikat semua pihak kepada rayuan itu atau yang terlibat dalam perkara itu.

(14)

Bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574], Lembaga

Rayuan hendaklah disifatkan sebagai suatu mahkamah dan tiap-tiap ahlinya hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam.

(15)

Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menetapkan tatacara rayuan kepada Lembaga Rayuan dan fi yang kena dibayar berkenaan dengannya, dan mengawal selia prosiding Lembaga Rayuan tetapi, sehingga kaedah-kaedah itu dibuat dan berkuat kuasa, Lembaga Rayuan hendaklah, bagi maksud prosiding, setakat yang boleh dilaksanakan mengikut

Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980]*.

(16)

Ahli Lembaga Rayuan hendaklah dibayar, daripada kumpulan wang Negeri, elaun yang ditetapkan oleh Pihak

Berkuasa Negeri.

*CATATAN—Teks terjemahan dalam bahasa kebangsaan diwartakan sebagai P.U. (A) 97/1990.

88 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

Section 36 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my