Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 37

(a)

yang tidak diberikan kebenaran merancang di bawah subseksyen 22(3) untuk memajukan tanahnya atas alasan bahawa tanah itu ditunjukkan dalam rancangan pemajuan, sama ada secara nyata atau dengan implikasi, sebagai tanah yang dicadangkan untuk maksud awam dan yang menuntut bahawa, oleh sebab penolakan itu, tanah itu tidak berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah; atau

(b)

yang menuntut bahawa, oleh sebab pematuhan kepada suatu notis rekuisisi berkenaan dengan tanahnya yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen 30, tanah itu tidak berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah, boleh, dengan cara yang ditetapkan, menyampaikan kepada pihak berkuasa perancang tempatan suatu notis pembelian dalam bentuk yang ditetapkan, menghendaki supaya kepentingannya mengenai tanah itu dibeli mengikut seksyen ini.

(2)

Hendaklah disampaikan dengan notis pembelian itu suatu pernyataan tentang fakta dan sebab untuk menyokong tuntutan dalam notis itu, bersama-sama dengan salinan apa-apa dokumen yang boleh didapati, termasuk afidavit, yang boleh memberikan bukti tentang fakta dan sebab itu.

(3)

Pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menyiasat tuntutan yang dibuat dalam tiap-tiap notis pembelian yang disampaikan di bawah subseksyen (1) dan, jika ia berpuas hati bahawa notis itu adalah dalam bentuk yang ditetapkan dan telah disediakan dan

Perancangan Bandar dan Desa 89

disampaikan dengan cara yang ditetapkan, hendaklah mengemukakan notis itu kepada Pihak Berkuasa Negeri bersama dengan pernyataan dan apa-apa dokumen lain yang disampaikan dengan notis itu dan—

(a)

dalam hal suatu notis pembelian seseorang yang menuntut di bawah perenggan (1)(a), suatu laporan lengkap berkenaan dengan penolakan kebenaran merancang itu yang menyebabkan tuntutan itu timbul, suatu pernyataan mengenai maksud tertentu yang dicadangkan untuk tanah itu, dan suatu pernyataan mengenai pendapat pihak berkuasa perancang tempatan sama ada tanah itu berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah; dan

(b)

dalam hal suatu notis pembelian seseorang yang menuntut di bawah perenggan (1)(b), butir-butir notis rekuisisi itu yang menyebabkan tuntutan itu timbul dan suatu pernyataan mengenai pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu sama ada tanah itu berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah.

(4)

Jika pihak berkuasa perancang tempatan tidak berpuas hati bahawa notis pembelian itu adalah dalam bentuk yang ditetapkan atau telah disediakan atau disampaikan dengan cara yang ditetapkan, ia hendaklah menolak notis pembelian itu, tetapi tanpa menyentuh penyampaian suatu notis pembelian lain.

(5)

Pihak Berkuasa Negeri selepas menimbangkan notis pembelian itu dan semua perkara lain yang dikemukakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan di bawah subseksyen (3), hendaklah—

(a)

jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah yang berhubungan dengan notis pembelian itu berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah, menolak notis pembelian itu; atau

(b)

jika Pihak Berkuasa Negeri tidak berpuas hati bahawa tanah yang berhubungan dengan notis pembelian itu berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah atau berpuas hati bahawa tanah itu tidak berupaya digunakan sedemikian, mengarahkan pihak berkuasa perancang

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

tempatan memulakan langkah untuk mengambil tanah itu mengikut peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960

[Akta 486].

(6)

Bagi maksud Akta Pengambilan Tanah 1960—

(a)

mana-mana tanah yang dicadangkan hendak diambil menurut seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai diperlukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu;

(b)

pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perbadanan yang mengusahakan suatu kerja bagi kemudahan awam; dan

(c)

tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan bagi maksud yang disebut dalam perenggan 3(1)(b) Akta itu.

(7)

Walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan, dalam menaksir amaun pampasan yang hendak dibayar kerana pengambilan mana-mana tanah menurut subseksyen (5), tanah itu hendaklah dikira seolah-olah ia tidak ditunjukkan dalam rancangan pemajuan itu sebagai tanah yang dicadangkan untuk maksud awam dan sebenarnya tidak dicadangkan sedemikian atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah notis rekuisisi yang disampaikan di bawah seksyen 30 berkenaan dengan tanah itu tidak disampaikan dan notis itu tidak dipatuhi.

Section 37 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my