Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 4

Jawatankuasa Perancang Negeri dan fungsinya

(a)

seorang Pengerusi, iaitu Menteri Besar atau Ketua

Menteri Negeri;

(b)

seorang Timbalan Pengerusi, iaitu seorang anggota

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri;

(ba)

tidak lebih daripada tiga orang anggota yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam kalangan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang sekurang-kurangnya seorang daripadanya hendaklah menjadi anggota yang bertanggungjawab bagi dan portfolionya berhubungan dengan perancangan bandar dan desa di dalam Negeri;

(c)

Setiausaha Kerajaan Negeri;

(d)

Pengarah Negeri, yang hendaklah menjadi Setiausaha

Jawatankuasa;

(e)

Pengarah Tanah dan Galian Negeri;

(f)

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sedemikian di

Negeri;

(g)

Pengarah Kerja Raya Negeri;

(h)

Penasihat Undang-Undang Negeri;

(ha)

Pegawai Kewangan Negeri;

(hb)

Pegawai

Kemajuan

Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sedemikian di Negeri;

Perancangan Bandar dan Desa 23

(hc)

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sedemikian di

Negeri; dan

(i)

tidak lebih daripada empat anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(2)

Seseorang anggota Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) atau (i) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya lebih awal atau pelantikannya dibatalkan lebih awal, memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya tetapi layak dilantik semula.

(3)

Seseorang anggota Jawatankuasa yang bukan seorang anggota perkhidmatan awam boleh dibayar apa-apa elaun yang diluluskan oleh

Pihak Berkuasa Negeri.

(4)

Fungsi Jawatankuasa adalah—

(a)

untuk menggalakkan dalam Negeri, dalam rangka dasar negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri;

(aa) untuk mengawal selia, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di dalam Negeri;

(b)

untuk menasihati Kerajaan Negeri, sama ada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan

Kerajaan Negeri, mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri; dan

(c)

untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya.

(5)

Jawatankuasa boleh dari semasa ke semasa memberikan arahan kepada mana-mana pihak berkuasa perancang tempatan yang selaras

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

dengan peruntukan Akta ini, dan pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menguatkuasakan arahan itu.

(6)

Jawatankuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (4) dan melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.

(7)

Jawatankuasa boleh mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan atau pendengaran tempatan pada atau bagi maksud menjalankan mana-mana daripada fungsinya di bawah Akta ini.

(8)

Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri hendaklah menjadi penasihat utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan, sebagai Setiausaha Jawatankuasa, hendaklah bertanggungjawab menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa; dan dalam atau bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah subseksyen ini, dia boleh menggunakan sumber kewangan, manusia dan sumber lain jabatannya.

Pihak berkuasa perancang tempatan

*5. (1) Tiap-tiap pihak berkuasa tempatan hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu.

(2)

Bagi mana-mana kawasan di dalam Negeri yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana pihak berkuasa tempatan,

Pengarah Negeri hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan, dan sebutan mengenai “pihak berkuasa perancang tempatan” dalam Akta ini hendaklah disifatkan termasuk Pengarah

Negeri apabila Pengarah Negeri itu melaksanakan fungsi pihak berkuasa perancang tempatan berhubung dengan kawasan itu.

*CATATAN—Pindaan seksyen ini melalui Akta A1129 tidak menyentuh apa-apa permohonan belum selesai bagi kebenaran merancang berkenaan dengan suatu pemajuan atau apa-apa rayuan terhadap keengganan pihak berkuasa perancang tempatan untuk memberikan kebenaran merancang atau terhadap apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 22(3) Akta ini—lihat seksyen 38 Akta A1129.

Perancangan Bandar dan Desa 25

(3)

(Dipotong oleh Akta A1129).

(4)

Suatu pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memberi kepada Jawatankuasa apa-apa penyata dan maklumat yang berhubungan dengan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Jawatankuasa dari semasa ke semasa.

Fungsi pihak berkuasa perancang tempatan

Section 4 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my