Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tertakluk pada Fasal (5) dan (6) Perkara 91 Perlembagaan, Pihak
Berkuasa Negeri hendaklah bertanggungjawab bagi dasar am berkenaan dengan perancangan pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasan tiap-tiap pihak berkuasa tempatan di dalam Negeri; dan Pihak Berkuasa Negeri boleh, pada atau bagi maksud menunaikan tanggungjawabnya di bawah seksyen ini, dari semasa ke semasa memberikan arahan secara am kepada Jawatankuasa atau mana-mana pihak berkuasa perancang tempatan yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan Jawatankuasa atau pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menguatkuasakan arahan itu.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 172