Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
(2)
Khususnya, dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengadakan peruntukan—
(a)
peraturan pemajuan tanah mengikut perancangan yang wajar;
(b)
kelas penggunaan tanah dan bangunan atau bahagiannya;
(c)
pengawalan ketumpatan, luas lantai, nisbah plot, kawasan plinth, dan penggunaan tanah dan bangunan;
(d)
pengawalan ketinggian, reka bentuk, rupa, dan tapak bina bangunan, dan mengadakan tempat parkir, jarak undur, dan tanah lapang;
(e)
pengawalan jalan masuk ke tanah dan bangunan;
(f)
perlindungan bagi monumen lama dan tanah dan bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah atau seni bina;
(g)
butir-butir bentuk dan kandungan rancangan struktur dan rancangan tempatan, tatacara yang akan diikuti dalam
*CATATAN—Subseksyen ini tidak terpakai bagi Negeri Kelantan dan Terengganu–lihat Kn. P.U. 34/2003
dan Tr. G.N. 54/2003.
104 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
penyediaan, pengemukaan, dan kelulusannya, bentuk dan cara rancangan itu disiarkan, dan bentuk notis yang berhubungan dengannya;
(h)
kelayakan orang yang boleh menyediakan atau mengemukakan rancangan, dokumen, butir-butir dan pelan susun atur bagi maksud Akta ini;
(i)
bentuk yang permohonan untuk kebenaran merancang boleh dibuat, butir-butir yang hendak diberikan dalam permohonan itu, dan rancangan, dokumen, butir-butir dan pelan susun atur yang hendak dikemukakan bersama-sama permohonan itu dan bentuk serta skalanya;
(j)
fi yang hendak dibayar di bawah Akta ini;
(k)
pendaftaran permohonan dan bentuk, dan butir-butir yang akan terkandung dalam daftar;
(l)
menetapkan apa-apa yang boleh, atau dikehendaki, ditetapkan di bawah Akta ini.
(3)
Jika apa-apa kaedah yang dibuat di bawah perenggan (2)(h)
tidak termasuk seseorang yang berhak di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk menyediakan dan mengemukakan rancangan, dokumen, butir-butir dan pelan susun atur yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa, hak orang itu tidak terjejas.
Pemansuhan undang-undang perancangan yang sedia ada