Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
(2)
Jika, menurut seksyen 1, seksyen ini berkuat kuasa secara am dalam Negeri itu, undang-undang perancangan yang sedia ada yang berkuat kuasa di dalam Negeri itu hendaklah dimansuhkan.
(3)
Jika, menurut seksyen 1, seksyen ini berkuat kuasa di dalam suatu kawasan pihak berkuasa tempatan atau sebahagian daripadanya, undang-undang perancangan yang sedia ada yang berkuat kuasa di dalam kawasan atau bahagian itu hendaklah dimansuhkan pemakaiannya bagi kawasan atau bahagian itu.
(4)
Jika, sebelum dimansuhkan mana-mana undang-undang perancangan yang sedia ada, terdapat pertelingkahan atau ketidak selarasan antara mana-mana peruntukan undang-undang itu dengan
Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.
(5)
Jika timbul apa-apa kesusahan atau anomali disebabkan oleh pemansuhan mana-mana undang-undang perancangan yang sedia ada,
Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui perintah membuat peruntukan yang selaras dengan Akta ini bagi maksud menghapuskan atau mengatasi kesusahan atau anomali itu.
(6)
Walau apa pun pemansuhan mana-mana undang-undang perancangan yang sedia ada, apa-apa kebenaran merancang, kelulusan pemajuan, atau kelulusan pelan bangunan yang diberikan di bawah undang-undang itu berkenaan dengan mana-mana tanah, dan mana-mana surat cara atau dokumen yang dikeluarkan mengikut undang-undang itu, hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan dan hendaklah disifatkan sebagai telah diberikan atau dikeluarkan di bawah Akta ini sehingga ia dipinda, diubah suai, dibatalkan atau dikansel di bawah Akta ini.
__________________________________
106
Akta 172