Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Walaupun Pengarah Negeri telah menjalankan kewajipannya di bawah subseksyen (1), dia boleh, jika difikirkannya patut, dan hendaklah, jika diarahkan berbuat demikian oleh Majlis atau
Jawatankuasa, memulakan suatu tinjauan baharu keseluruhan Negeri, memeriksa perkara yang disebut dalam subseksyen itu.
(3)
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) dan (2), perkara yang hendak diperiksa dan sentiasa dikaji semula di bawah subseksyen itu hendaklah termasuk—
(a)
ciri utama fizikal, ekonomi, alam sekitar, dan sosial, termasuklah penggunaan utama tanah, Negeri itu dan, setakat ciri utama yang mungkin dijangka menyentuh kawasan berjiran Negeri itu;
(aa) rancangan fizikal negara dan dasar utama negara mengenai ekonomi, sosial, fizikal dan pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar yang lain;
(b)
bilangan, komposisi, dan taburan penduduk Negeri itu, sama ada menetap atau tidak;
(c)
tanpa menyentuh perenggan (a), perhubungan, sistem pengangkutan, dan lalu lintas di Negeri itu dan, setakat yang perhubungan, sistem pengangkutan, dan lalu lintas yang mungkin dijangka menyentuh Negeri itu;
(d)
apa-apa perkara yang tidak disebut dalam mana-mana perenggan terdahulu yang mungkin dijangka menyentuh apa-apa perkara yang disebut dalam mana-mana perenggan terdahulu;
(e)
perkara lain yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh
Majlis atau Jawatankuasa dalam mana-mana hal; dan
(f)
apa-apa perubahan yang telahpun dirancangkan dalam apa-apa perkara yang disebut dalam mana-mana
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
perenggan terdahulu dan kesan yang mungkin berlaku ke atas pemajuan, atau perancangan pemajuan, Negeri itu.
(4)
Pengarah Negeri hendaklah, bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah seksyen ini, berunding dengan Pengarah Negeri mana-mana Negeri yang lain mengenai perkara yang berhubungan dengan kawasan Negeri yang lain itu yang dijangka akan menyentuh pemajuan atau perancangan pemajuan Negeri itu berkenaan dengan tinjauan yang dimulakan di bawah seksyen ini.
(5)
Subseksyen (1) hendaklah, berkenaan dengan apa-apa tempoh yang seksyen ini berkuat kuasa dalam suatu bahagian sahaja dalam
Negeri itu, ditafsirkan sebagai menghendaki Pengarah Negeri itu memulakan suatu tinjauan ke atas, dan sentiasa mengkaji semula, perkara yang menyentuh bahagian itu sahaja dalam Negeri itu; dan subseksyen (2) hendaklah, sama ada atau tidak seksyen ini berkuat kuasa di seluruh Negeri itu, berkuat kuasa seolah-olah kuasa yang diberikan itu termasuk kuasa untuk Pengarah Negeri itu untuk memulakan, dan untuk Majlis atau Jawatankuasa itu mengarahkannya memulakan, suatu tinjauan baharu ke atas suatu bahagian Negeri itu sahaja; dan rujukan dalam subseksyen (3) kepada Negeri itu atau kepada kawasan berjiran hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Penyediaan draf rancangan struktur