Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 8

(2)

Laporan itu hendaklah termasuk suatu anggaran apa-apa perubahan yang mungkin berlaku, dalam tempoh yang ditentukan oleh

Majlis atau Jawatankuasa, dalam perkara yang disebut dalam subseksyen 7(3); dan tempoh yang berlainan boleh ditentukan berhubung dengan perkara yang berlainan.

Perancangan Bandar dan Desa 31

(3)

Draf rancangan struktur bagi Negeri itu ialah suatu pernyataan bertulis—

(a)

yang merumuskan dasar dan cadangan am Pihak Berkuasa

Negeri itu berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah di dalam Negeri itu, termasuklah langkah untuk memperelok persekitaran hidup dari segi fizikal, memperelok perhubungan, menguruskan lalu lintas, memperelok kesejahteraan sosio-ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, dan untuk memudahkan pemajuan yang mapan;

(b)

yang menyatakan pertalian cadangan itu dengan cadangan am bagi pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan berjiran yang mungkin dijangka menyentuh kawasan itu;

dan

(c)

yang mengandungi perkara lain sebagaimana yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Majlis atau

Jawatankuasa dalam mana-mana hal.

(4)

Dalam merumuskan dasar dan cadangan am di bawah perenggan (3)(a), Pengarah Negeri hendaklah memastikan bahawa dasar dan cadangan itu berpatutan dengan hasil tinjauannya di bawah seksyen 7 dan dengan apa-apa maklumat lain yang mungkin didapatinya, dan hendaklah memberi perhatian—

(a)

kepada dasar semasa berkenaan dengan perancangan sosial dan ekonomi serta pembangunan dan perlindungan alam sekitar Negeri dan negara;

(b)

kepada sumber yang mungkin boleh didapati untuk menjalankan cadangan rancangan struktur itu; dan

(c)

kepada perkara lain yang dia diarahkan oleh Majlis atau

Jawatankuasa supaya mengambil kira.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1129).

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

(6)

Suatu draf rancangan struktur bagi sesuatu kawasan hendaklah mengandungi atau disertakan dengan gambar rajah, gambaran, dan bahan perihalan yang difikirkan sesuai oleh Pengarah Negeri untuk maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam rancangan itu, atau yang ditetapkan, atau dalam mana-mana hal tertentu ditentukan dalam arahan yang diberikan oleh Majlis atau

Jawatankuasa; dan gambar rajah, gambaran, dan bahan perihalan itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada rancangan itu.

(7)

Pada bila-bila masa sebelum Jawatankuasa meluluskan di bawah seksyen 10 suatu rancangan struktur berkenaan dengan keseluruhan Negeri itu, Pengarah Negeri boleh, dengan keizinan

Jawatankuasa, dan hendaklah, jika diarahkan sedemikian olehnya, menyediakan dan mengemukakan kepada Jawatankuasa untuk mendapat kelulusannya suatu draf rancangan struktur yang berhubungan dengan sebahagian daripada kawasan itu; dan jika

Jawatankuasa telah memberikan keizinan atau arahan untuk penyediaan suatu draf rancangan struktur bagi sebahagian daripada kawasan itu, rujukan dalam Bahagian ini kepada kawasan itu hendaklah, berhubung dengan suatu draf rancangan struktur, ditafsirkan sebagai termasuk rujukan kepada sebahagian daripada kawasan itu.

Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan struktur

Section 8 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my