Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(a)
bahawa publisiti diberikan di dalam Negeri kepada laporan tinjauan di bawah seksyen 7 dan kepada perkara yang dicadangkannya untuk dimasukkan dalam rancangan itu;
dan
(b)
bahawa orang yang mungkin dijangka ingin mendapatkan peluang untuk membuat representasi kepada Pengarah
Negeri itu berkenaan dengan perkara itu menyedari bahawa
Perancangan Bandar dan Desa 33
mereka berhak mendapat, dan diberi, peluang untuk berbuat demikian, dan Pengarah Negeri hendaklah menimbangkan tiap-tiap representasi yang dibuat kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan.
(2)
Secepat yang dapat dilaksanakan selepas suatu draf rancangan struktur dikemukakan kepada Jawatankuasa, Pengarah Negeri hendaklah—
(a)
menyiarkan, dalam tiga keluaran daripada sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, suatu notis yang menyatakan bahawa salinan rancangan itu boleh didapati untuk diperiksa di pejabat Pengarah
Negeri dan di tempat lain yang ditentukannya dan masa yang bantahan terhadap rancangan itu boleh dibuat kepada Jawatankuasa; dan
(b)
menyediakan salinan rancangan itu untuk diperiksa di tempat yang dinyatakan dalam notis itu; dan setiap salinan hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan mengenai masa, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, yang bantahan terhadap rancangan itu boleh dibuat kepada
Jawatankuasa.
(3)
Masa yang bantahan terhadap draf rancangan struktur itu boleh dibuat hendaklah tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu mula dikeluarkan di bawah perenggan (2)(a) dalam sesuatu akhbar tempatan dalam bahasa kebangsaan, dan apa-apa masa yang dinyatakan dalam notis itu boleh dilanjutkan sekali oleh Pengarah
Negeri selama tidak melebihi satu bulan untuk faedah mana-mana pembantah yang tertentu.
(4)
Suatu draf rancangan struktur yang dikemukakan oleh
Pengarah
Negeri kepada
Jawatankuasa untuk mendapatkan kelulusannya hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan yang mengandungi butir-butir, jika ada, yang ditetapkan—
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
(a)
mengenai langkah yang telah diambil oleh Pengarah Negeri untuk mematuhi subseksyen (1); dan
(b)
mengenai perundingan Pengarah Negeri dengan, dan pertimbangannya atas pandangan, orang lain berkenaan dengan perkara yang dimasukkan, atau yang pada asalnya dicadangkan untuk dimasukkan, dalam rancangan itu.
(5)
Jika, selepas menimbangkan pernyataan yang dikemukakan dengan, dan perkara yang dimasukkan dalam, draf rancangan struktur itu dan apa-apa maklumat lain yang diberikan oleh Pengarah Negeri,
Jawatankuasa berpuas hati bahawa maksud perenggan (1)(a) dan (b)
telah dicapai dengan secukupnya melalui langkah yang diambil oleh
Pengarah Negeri itu menurut perenggan itu, ia hendaklah terus menimbangkan sama ada hendak meluluskan draf rancangan struktur itu; dan jika ia tidak berpuas hati sedemikian, ia hendaklah mengembalikan rancangan itu kepada Pengarah Negeri dan mengarahkannya supaya—
(a)
mengambil tindakan selanjutnya yang ditentukan oleh
Jawatankuasa untuk mencapai maksud itu dengan lebih baik; dan
(b)
selepas berbuat demikian, mengemukakan semula rancangan itu dengan apa-apa ubah suaian, jika ada, yang difikirkan sesuai pada masa itu oleh Pengarah Negeri itu dan, jika dikehendaki sedemikian oleh arahan itu, berbuat demikian dalam tempoh yang ditentukan, tetapi Jawatankuasa tidak boleh mengembalikan rancangan itu atau memberikan arahan itu jika telah genap tiga bulan semenjak Pengarah
Negeri mengemukakan rancangan itu kepada Jawatankuasa.
(6)
Jika Jawatankuasa mengembalikan draf rancangan struktur itu kepada Pengarah Negeri itu di bawah subseksyen (5), ia hendaklah memberitahu Pengarah Negeri akan sebab ia berbuat demikian dan, jika mana-mana orang telah membuat apa-apa bantahan kepada
Jawatankuasa terhadap rancangan itu, ia hendaklah juga memberitahu orang itu bahawa ia telah mengembalikan rancangan itu.
Perancangan Bandar dan Desa 35
(7)
Jika Pengarah Negeri diberi arahan oleh Jawatankuasa di bawah subseksyen (5), dia hendaklah menarik balik dengan serta-merta salinan rancangan yang disediakan untuk diperiksa sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (2) dan dia hendaklah menyiarkan fakta tentang penarikan balik itu dalam tiga keluaran daripada sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya adalah dalam bahasa kebangsaan.
(8)
Subseksyen (2) hingga (7) hendaklah terpakai, dengan ubah suaian yang perlu, berhubung dengan draf rancangan struktur yang dikemukakan semula kepada Jawatankuasa mengikut arahan yang diberikan olehnya di bawah subseksyen (5) sebagaimana subseksyen itu terpakai berhubung dengan rancangan itu seperti yang dikemukakan pada asalnya.
Kelulusan atau penolakan draf rancangan struktur oleh
Jawatankuasa