Malaysia legislation
Section 1A
Seksyen 1A
Tafsiran
(a)
mana-mana bank berlesen, bank saudagar berlesen, syarikat kewangan berlesen, atau syarikat diskaun berlesen, sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Akta
Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 [Akta 372];
(b)
mana-mana Kerajaan Negeri;
(c)
mana-mana badan berkanun; atau
(d)
mana-mana kumpulan wang, skim, organisasi, pertubuhan diperbadankan atau tak diperbadankan, atau mana-mana orang lain, sebagaimana yang ditetapkan secara bertulis oleh Menteri Kewangan;
“institusi pelaburan peserta” ertinya suatu institusi kewangan yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 7(1);
“institusi pelaburan utama” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dilantik oleh Bank di bawah subseksyen 7(2);
“institusi pendeposit” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 8(1);
“pelanggan Bil Perbendaharaan” ertinya seseorang yang membuat pemindahan atau mengambil pemindahan Bil Perbendaharaan di bawah subseksyen 8(2);
“penyata bulanan statutori” ertinya penyata bulanan dalam borang dalam Jadual B yang dikeluarkan di bawah subseksyen 9(2);
“resit pengakuterimaan statutori”
ertinya suatu resit pengakuterimaan dalam borang dalam Jadual A yang dikeluarkan di bawah subseksyen 8(6).
(2)
Jika apa-apa rekod atau akaun perlu disenggarakan di bawah
Akta ini oleh Bank atau mana-mana institusi pelaburan peserta, yang bertindak sama ada atas sifatnya sebagai institusi pelaburan utama
Bil Perbendaharaan (Tempatan) 7
atau institusi pendeposit atau selainnya, rekod atau akaun itu hendaklah disenggarakan mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan atau ditetapkan oleh Bank, termasuk penyenggaraannya secara bertulis atau dalam apa-apa bentuk rakaman visual (berbentuk imej pegun atau bergerak), atau apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal, atau apa-apa jua rakaman lain, pada apa-apa bahan, material, benda atau artikel.
(3)
Fungsi, kuasa dan tugas yang diberikan kepada Bank di bawah
Akta ini hendaklah dilaksanakan, dijalankan dan ditunaikan oleh
Bank bagi pihak Menteri Kewangan.
Kuasa untuk meminjam wang dengan mengeluarkan Bil-Bil
Perbendaharaan