/akn/my/act/act/1946/188

*AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1946
Sections
16
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

*AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946 is Malaysia Act, cited as Act 188 1946, currently marked in force and first recorded in 1946.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan-peruntukan bagi meminjam wang dengan mengeluarkan Bil-Bil Perbendaharaan dalam Malaysia. [Semenanjung Malaysia—24 Jun 1946; Sabah dan Sarawak—1 Januari 1964] Tajuk ringkas

Seksyen 1A

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana bank berlesen, bank saudagar berlesen, syarikat kewangan berlesen, atau syarikat diskaun berlesen, sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Akta

Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 [Akta 372];

Suggest a correction

(d)

mana-mana kumpulan wang, skim, organisasi, pertubuhan diperbadankan atau tak diperbadankan, atau mana-mana orang lain, sebagaimana yang ditetapkan secara bertulis oleh Menteri Kewangan;

“institusi pelaburan peserta” ertinya suatu institusi kewangan yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 7(1);

“institusi pelaburan utama” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dilantik oleh Bank di bawah subseksyen 7(2);

“institusi pendeposit” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 8(1);

“pelanggan Bil Perbendaharaan” ertinya seseorang yang membuat pemindahan atau mengambil pemindahan Bil Perbendaharaan di bawah subseksyen 8(2);

“penyata bulanan statutori” ertinya penyata bulanan dalam borang dalam Jadual B yang dikeluarkan di bawah subseksyen 9(2);

“resit pengakuterimaan statutori”

ertinya suatu resit pengakuterimaan dalam borang dalam Jadual A yang dikeluarkan di bawah subseksyen 8(6).

Suggest a correction

(2)

Jika apa-apa rekod atau akaun perlu disenggarakan di bawah

Akta ini oleh Bank atau mana-mana institusi pelaburan peserta, yang bertindak sama ada atas sifatnya sebagai institusi pelaburan utama

Bil Perbendaharaan (Tempatan) 7

atau institusi pendeposit atau selainnya, rekod atau akaun itu hendaklah disenggarakan mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan atau ditetapkan oleh Bank, termasuk penyenggaraannya secara bertulis atau dalam apa-apa bentuk rakaman visual (berbentuk imej pegun atau bergerak), atau apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal, atau apa-apa jua rakaman lain, pada apa-apa bahan, material, benda atau artikel.

Suggest a correction

(3)

Fungsi, kuasa dan tugas yang diberikan kepada Bank di bawah

Akta ini hendaklah dilaksanakan, dijalankan dan ditunaikan oleh

Bank bagi pihak Menteri Kewangan.

Kuasa untuk meminjam wang dengan mengeluarkan Bil-Bil

Perbendaharaan

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Yang di-Pertuan Agong boleh, dari semasa ke semasa, dengan perintah, mengubah amaun yang ditetapkan dalam subseksyen (1);

dan setiap perintah demikian hendaklah, secepat mungkin selepas disiarkan dalam Warta, dibentang oleh Menteri Kewangan dalam

Dewan Rakyat.

Suggest a correction

(2)

Wang yang diterima untuk Bil-Bil Perbendaharaan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah digunakan, dan adalah dengan ini diuntukkan, bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk membayar balik wang yang telah diterima di bawah

Akta ini, hingga takat yang ditentukan oleh Menteri

Kewangan;

Suggest a correction

(b)

untuk dimasukkan, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Dewan Rakyat yang dinyatakan melalui ketetapan, ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan yang

8 Undang-Undang Malaysia Akta 188

dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara

Kewangan 1957 [Akta 61], bagi maksud Kumpulan Wang itu.

Dipertanggungkan kepada hasil am dan aset

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Hasil pendapatan daripada Bil-Bil itu hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Syarat dan pembayaran Bil-Bil Perbendaharaan

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bank hendaklah, sebelum setiap pengeluaran

Bil-Bil

Perbendaharaan yang tersebut di atas, memutuskan dan menentukan masa atau masa-masa Bil-Bil Perbendaharaan itu akan dikeluarkan dan, tertakluk kepada subseksyen (3), masa atau masa-masanya Bil-Bil itu kena dibayar.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap Bil Perbendaharaan hendaklah dibayar tidak lewat dari satu tahun dari tarikh ia dikeluarkan.

Pemindahan Bil Perbendaharaan

Suggest a correction

Seksyen 4A

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap Bil Perbendaharaan, atau mana-mana bahagian daripadanya, boleh dipindahkan mengikut peruntukan-peruntukan

Akta ini dan tidaklah boleh mengikut apa-apa cara lain.

Bil Perbendaharaan (Tempatan) 9

Seksyen 5

Peruntukan pembayaran balik Bil-Bil Perbendaharaan

Open as pageSuggest a correction

Wang Disatukan jumlah wang yang perlu untuk membayar wang pokok yang dinyatakan dalam Bil-Bil Perbendaharaan apabila wang-wang pokok itu genap masanya dibayar.

Seksyen 6

Pembayaran balik

Open as pageSuggest a correction

Wang pokok yang dinyatakan dalam sesuatu Bil Perbendaharaan hendaklah dibayar balik apabila genap masanya dibayar mengikut cara yang diperuntukkan di bawah subseksyen 7(5) atau subseksyen 8(4), mengikut mana-mana yang terpakai.

Seksyen 7

Institusi pelaburan peserta dan institusi pelaburan utama

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bank boleh melantik secara bertulis mana-mana institusi pelaburan peserta untuk menjadi institusi pelaburan utama.

Suggest a correction

(3)

Bank hanya boleh mengeluarkan kepada sesuatu institusi pelaburan utama suatu Bil Perbedaharaan di bawah seksyen 4, dan

Bank hendaklah menyenggara catatan di dalam rekodnya mengenai tiap-tiap Bil Perbendaharaan tersebut.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu institusi pelaburan peserta hendaklah menyenggara suatu akaun tunggal dengan Bank—

(a)

mengenai semua pemindahan Bil-Bil Perbendaharaan kepadanya oleh suatu institusi pelaburan peserta lain atau olehnya sendiri kepada suatu institusi pelaburan peserta lain; dan

Suggest a correction

(b)

jika institusi pelaburan peserta telah dilantik sebagai institusi pelaburan utama di bawah subseksyen (2), maka hendaklah dimasukkan ke dalam akaun tunggal yang disebut dalam perenggan (a), suatu akaun mengenai semua

Bil-Bil

Perbendaharaan yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (3).

10 Undang-Undang Malaysia Akta 188

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Bank hendaklah membayar balik kepada institusi pelaburan peserta, wang pokok yang dinyatakan dalam setiap

Bil

Perbendaharaan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen

Suggest a correction

(4)

pada tarikh Bil Perbendaharaan itu genap masanya untuk dibayar, dengan apa-apa jalan dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

Suggest a correction

(6)

Bank hendaklah menyenggara rekod mengenai akaun sesuatu institusi pelaburan peserta, dan rekod tersebut hendaklah menjadi keterangan tunggal dan muktamad tentang kedudukan akaun itu, dan tentang segala butir dan butir terperinci mengenainya, dan rekod tersebut hendaklah mengikat Bank, institusi pelaburan peserta dan mana-mana orang lain yang mempunyai apa-apa kepentingan di dalamnya.

Institusi pendeposit

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang, selain daripada institusi pelaburan peserta, yang berhasrat sama ada untuk membuat pemindahan atau mengambil pemindahan Bil Perbendaharaan hendaklah melakukan sedemikian hanya melalui institusi pendeposit.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara dengan

Bank, sebagai tambahan kepada akaun yang disenggarakannya di bawah subseksyen 7(4), suatu akaun tunggal berasingan berkenaan dengan semua pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Bank hendaklah membayar balik kepada sesuatu institusi pendeposit wang pokok yang dinyatakan dalam setiap Bil

Perbendaharaan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen

Suggest a correction

(3)

pada tarikh Bil Perbendaharaan tersebut genap masanya untuk dibayar dengan apa-apa jalan dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

Suggest a correction

(5)

Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan tiap-tiap pemindah dan penerima pindahan yang menjadi pihak dalam mana-mana pemindahan yang

Bil Perbendaharaan (Tempatan) 11

dilaksanakan melalui institusi pendeposit di bawah subseksyen (2), kecuali jika akaun pelanggan berkenaan dengan seseorang penerima pindahan disenggarakan oleh suatu institusi pendeposit lain, dan dalam hal yang demikian institusi pendeposit yang mula-mula disebutkan itu hendaklah menyebabkan Bil Perbendaharaan tersebut dipindahkan ke dalam akaun penerima pindahan dengan institusi pendeposit yang kedua disebutkan itu.

Suggest a correction

(6)

Jika pemindahan sesuatu Bil Perbendaharaan dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen (2), prosedur berikut hendaklah dipatuhi oleh institusi-institusi pendeposit itu masing-masing:

(a)

institusi pendeposit yang melaluinya pemindahan itu dibuat hendaklah segera mengeluarkan—

Suggest a correction

(i)

kepada pemindah suatu resit pengakuterimaan statutori dalam borang dalam Jadual A berkenaan dengan pemindahan itu; dan

(ii)

kepada penerima pindahan suatu resit pengakuterimaan statutori dalam borang dalam

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual A berkenaan dengan pemindahan itu, jika institusi pendeposit itu menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan Bil-Bil

Perbendaharaan penerima pindahan; dan

(b)

jika suatu institusi pendeposit lain menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan

Bil-Bil

Perbendaharaan penerima pindahan, institusi pendeposit yang disebut dalam perenggan (a) hendaklah segera memberitahu institusi pendeposit yang lain itu tentang pemindahan itu dan institusi pendeposit yang lain itu hendaklah segera mengeluarkan kepada penerima pindahan suatu resit pengakuterimaan statutori dalam borang dalam Jadual A berkenaan dengan pemindahan itu.

(7)

Sesuatu resit pengakuterimaan statutori tidaklah boleh diniagakan atau diuruskan dengan apa-apa jua cara sekalipun, dan hendaklah digunakan semata-matanya antara institusi pendeposit yang mengeluarkannya dan pelanggan Bil Perbendaharaan yang kepadanya ia dikeluarkan sebagai keterangan tentang pemindahan Bil

Perbendaharaan di bawah subseksyen (2) yang dimaksudkan dengannya itu.

12 Undang-Undang Malaysia Akta 188

(8)

Jika amaun dalam akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit dengan Bank di bawah subseksyen (3) adalah terjejas disebabkan oleh pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen (2), institusi pendeposit itu hendaklah memaklumkan segera kepada Bank maklumat tentang apa-apa perubahan dalam amaun yang disebabkan oleh pemindahan tersebut.

Tugas dan obligasi institusi pendeposit berhubungan dengan pemindahan yang dilaksanakan di bawah subseksyen 8(2)

9. (1)

Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara suatu akaun berkenaan dengan setiap pelanggan Bil Perbendaharaan.

(2)

Sesuatu institusi pendeposit hendaklah mengeluarkan kepada setiap pelanggan Bil Perbendaharaannya suatu penyata bulanan statutori berkenaan dengan Bil-Bil Perbendaharaannya dalam borang dalam Jadual B pada atau sebelum hari kesepuluh dalam bulan selepas bulan yang berkenaan dengannya penyata bulanan statutori itu dikeluarkan.

(3)

Sesuatu penyata bulanan statutori hendaklah menjadi keterangan tunggal tentang Bil-Bil Perbendaharaan yang dipegang oleh pelanggan Bil Perbendaharaan di akhir bulan yang berkenaan dengannya ia dikeluarkan.

(4)

Sesuatu institusi pendeposit hendaklah membayar balik kepada pelanggan Bil Perbendaharaan wang pokok yang dinyatakan dalam setiap Bil Perbendaharaan yang terdapat dalam akaun pelanggan Bil

Perbendaharaan, dan pembayaran balik itu hendaklah dibuat pada tarikh Bil Perbendaharaan itu genap masanya untuk dibayar.

(5)

Bil-Bil Perbendaharaan yang diuruskan oleh sesuatu institusi pendeposit berkenaan dengan apa-apa pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen 8(2) hendaklah diuruskan semata-mata dan khusus mengikut cara, dan bagi maksud, yang diperuntukkan di bawah seksyen 8, dan tidaklah boleh diuruskan atau digunakan oleh institusi pendeposit dengan apa-apa jua cara lain pun, atau bagi apa-apa jua maksud lain pun.

(6)

Sesuatu institusi pendeposit hendaklah memberi kepada Bank apa-apa penyata, butir terperinci, butir atau maklumat berhubungan

Bil Perbendaharaan (Tempatan) 13

dengan akaun yang disenggarakan olehnya di bawah subseksyen (1)

berkenaan dengan setiap pelanggan Bil Perbendaharaan, atau pelanggan Bil Perbendaharaannya secara am, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, atau sebagairnana yang dikehendaki oleh Bank secara bertulis dari semasa ke semasa.

(7)

Bank boleh, melalui mana-mana pegawainya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Gabenor atau Timbalan Gabenor Bank, memeriksa dan mengambil salinan akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit di bawah seksyen ini, termasuk akaun berkenaan dengan mana-mana pelanggan Bil Perbendaharaan tertentu atau apa-apa rekod atau akaun lain yang berhubungan dengan atau melibatkan

Bil-Bil Perbendaharaan di bawah Akta ini, dan institusi pendeposit itu, dan tiap-tiap pengarah, pegawai, pekerja, pekhidmat atau ejen institusi pendeposit itu hendaklah memberikan kepada pegawai Bank tersebut segala buku, rekod, surat-menyurat, atau apa-apa dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai tersebut, dan hendaklah mernberikannya segala bantuan sebagaimana yang dikehendakinya.

(8)

Akaun seseorang pelanggan

Bil

Perbendaharaan yang disenggarakan oleh suatu institusi pendeposit di bawah subseksyen

(1)

hendaklah menjadi rahsia di antara institusi itu dengan pelanggan

Bil Perbendaharaan itu dan tidak boleh didedahkan oleh institusi pendeposit itu kepada mana-mana orang kecuali kepada Bank, termasuk pegawai Bank yang disebut dalam subseksyen (7), melainkan jika pendedahan itu adalah dibenarkan secara bertulis oleh pelanggan Bil Perbendaharaan itu.

(9)

Sesuatu institusi pendeposit hendaklah secara mutlak dan sepenuhnya bertanggungjawab dan bertanggungan kepada pelanggan

Bil Perbendaharaannya berkenaan dengan semua pemindahan yang diambil atau dibuat oleh pelanggan Bil Perbendaharaan itu melalui institusi pendeposit tersebut di bawah subseksyen 8(2).

(10)

Sesuatu institusi pendeposit tidak boleh menghendaki seseorang pelanggan Bil Perbendaharaan membayar apa-apa caj, fi, atau apa-apa bayaran lain berkenaan dengan apa-apa perkara yang diuruskan olehnya berhubungan dengan seseorang pelanggan Bil

Perbendaharaan di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 15.

14 Undang-Undang Malaysia Akta 188

Kuasa Bank untuk meminta maklumat, memeriksa dan mengambil salinan

10. (1) Bank boleh, secara bertulis, menghendaki mana-mana institusi pelaburan peserta yang mungkin juga suatu institusi pelaburan utama, supaya memberi kepada Bank apa-apa penyata, butir terperinci, butir atau maklumat berhubungan dengan mana-mana akaun atau rekod yang disenggarakan olehnya di bawah Akta ini.

(2)

Bank boleh, melalui mana-mana pegawainya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Gabenor atau Timbalan Gabenor Bank, memeriksa atau mengambil salinan mana-mana akaun, rekod, buku atau apa-apa dokumen lain yang disenggarakan oleh institusi pelaburan peserta di bawan Akta ini.

Pemeliharaan rahsia oleh Bank

11. Tanpa menjejaskan seksyen 16A Akta Bank Negara Malaysia 1958, apa-apa maklumat dalam milik Bank menurut kuasa mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah menjadi rahsia di antara Bank dengan orang yang kepadanya ia dimaksudkan atau yang daripadanya ia diperoleh dan tidak boleh didedahkan kecuali dengan keizinan orang itu.

Catatan palsu, dsb. dalam buku, dokumen, dsb.

12. (1) Tiada seorang pun boleh dengan niat untuk memperdaya—

(a)

membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu;

(b)

meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan ditinggalkan daripada dibuat, sesuatu catatan; atau

(c)

mengubah, rnengeluarkan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan diubah, dikeluarkan, disembunyikan, atau dimusnahkan, apa-apa catatan, dalam apa-apa buku atau rekod, atau dalam apa-apa laporan, helaian kertas, penyata atau apa-apa jua pun dokumen lain, yang

Bil Perbendaharaan (Tempatan) 15

berhubungan dengan perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, harta, aset, liabiliti, atau akaun mana-mana institusi pelaburan peserta, atau mana-mana institusi pelaburan utama, atau mana-mana institusi pendeposit, ataupun Bank.

Pelanggaran Akta, penalti baginya dan liabiliti jenayah institusi, pengarah, dsb.

13. (1) Mana-mana institusi pelaburan peserta yang bertindak sama ada atas sifatnya sebagai institusi pelaburan utama atau institusi pendeposit atau selainnya, atau mana-mana orang lain, yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi —

(a)

sepuluh juta ringgit; atau

(b)

jika jumlah wang menjadi hal perkara kesalahan itu, sepuluh kali ganda jumlah tersebut, mengikut mana-mana yang lebih besar, atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima belas tahun, atau kedua-dua denda dan penjara:

Dengan syarat bahawa jika orang yang didapati melakukan kesalahan itu adalah suatu pertubuhan diperbadankan, hukuman penjara yang tersebut di atas tidaklah terpakai baginya.

(2)

Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana institusi yang disebut dalam subseksyen (1), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian, atau telah dengan apa-apa jua cara atau setakat apa-apa jua bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal-ehwal institusi tersebut, atau telah membantu dalam pengurusan tersebut, adalah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya, memandang kepada jenis fungsi-fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.

16 Undang-Undang Malaysia Akta 188

(3)

Jika mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut

“prinsipal” dalam subseksyen ini) boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh mana-mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu:

Dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pekhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu dalam penggajiannya oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

(4)

Tanpa menjejaskan subseksyen (2), jika sesuatu institusi yang disebut dalam subseksyen (1) atau sesuatu institusi kewangan di bawah perenggan (b) atau (c) dalam takrif “institusi kewangan” di bawah seksyen 1A, ia tidaklah boleh didakwa bagi apa-apa kesalahan yang dilakukannya di bawah subseksyen (1), atau dikenakan hukuman atau penalti di bawah subseksyen (3).

(5)

Tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam Akta ini boleh dianggap sebagai menghalang pendakwaan, pensabitan dan penghukuman mana-mana orang mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain; tetapi dengan sedemikian supaya tiada orang boleh dihukum lebih daripada sekali bagi kesalahan yang sama.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “pengarah”, “pegawai” dan

“pengawal” hendaklah masing-masing mempunyai erti sebagaimana yang diberikan di bawah subseksyen 2(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Liabiliti sivil tidak terjejas disebabkan pendakwaan atau ketidakdakwaan, dsb.

14. Pendakwaan, atau kegagalan mendakwa, mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau pembebasan atau pelepasan mana-mana orang yang didakwa bagi sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini, tidaklah boleh, dengan apa-apa cara atau setakat apa-apa jua

Bil Perbendaharaan (Tempatan) 17

pun, menjejaskan liabiliti sivilnya kepada mana-mana orang lain berhubungan dengan apa-apa jua yang dilakukannya di bawah Akta ini.

Kaedah-kaedah

15. (1) Menteri Kewangan boleh, atas syor Bank, membuat apa-apa kaedah-kaedah yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesan penuh kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, untuk menunaikan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini, atau untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dengan lebih sempurna, lebih baik dan lebih mudah.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan mengenai —

(a)

perkara yang berhubungan dengan pengeluaran Bil

Perbendaharaan, permohonan mendapatkan

Bil

Perbendaharaan dan pembayaran balik

Bil

Perbendaharaan apabila ia genap masanya untuk dibayar;

(b)

prosedur dan amalan berhubungan dengan pelaksanaan mana-mana peruntukan Akta ini oleh mana-mana orang;

(c)

borang berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini;

(d)

caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada Bank, dan caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada sesuatu institusi pendeposit, berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini; dan

(e)

perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan peruntukan-peruntukan peralihan yang terkandung di dalam seksyen 8 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan)

(Pindaan) 1990 [Akta A747].

18 Undang-Undang Malaysia Akta 188

Liabiliti Kerajaan berkenaan dengan Bil Perbendaharaan

16. (1) Kerajaan hendaklah bertanggungan bagi segala pembayaran balik yang kena dibayar berkenaan dengan Bil Perbendaharaan yang dikeluarkan di bawah dan menurut Akta ini, dan berkenaan dengan semua Bil Perbendaharaan yang diuruskan di bawah dan mengikut seksyen 8 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) (Pindaan) 1990, tetapi jika liabiliti Kerajaan tersebut yang berbangkit akibat daripada, atau oleh sebab, apa-apa keingkaran sesuatu institusi pelaburan peserta dalam melaksanakan tugas dan obligasinya di bawah Akta ini, termasuk tugas dan obligasinya sebagai institusi pelaburan utama atau institusi pendeposit mengikut mana-mana yang terpakai, institusi tersebut hendaklah bertanggungan apabila diminta oleh Kerajaan untuk menanggung rugi Kerajaan sepenuhnya berhubungan dengan liabiliti itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), “keingkaran” termasuklah—

(a)

apa-apa pengabaian atau kegagalan dalam melaksanakan apa-apa fungsi, atau menjalankan apa-apa kuasa, atau menunaikan apa-apa tugas, di bawah Akta ini; dan

(b)

apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berhubungan dengan apa-apa perkara yang diuruskan di bawah Akta ini, tanpa mengambil kira —

(i)

sama ada terdapatnya atau tidak apa-apa pendakwaan berkenaan dengan kesalahan itu; atau

(ii)

sama ada keingkaran tersebut dilakukan oleh institusi pelaburan peserta itu, atau oleh mana-mana pengarah, pegawai, atau pengawal

(sebagaimana perkataan-perkataan itu ditakrifkan di dalam subseksyen 13(6)), atau mana-mana kerani, pekhidmat, atau ejen institusi pelaburan peserta tersebut, atau mana-mana kerani, atau pekhidmat kepada ejen tersebut.

Bil Perbendaharaan (Tempatan) 19

Kuasa Menteri untuk meminda Jadual A atau B

17. Menteri Kewangan, atas syor Bank, boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalarn Warta mengubah, memotong daripada, menambah kepada, menggantikan, atau selainnya meminda,

Jadual

Suggest a correction

Jadual A atau B, dan Jadual sebagaimana diubah, dipotong daripada, ditambah kepada, digantikan, atau selainnya dipinda, hendaklah mula berkuat kuasa dan berkesan penuh dan hendaklah disifatkan menjadi satu bahagian integral Akta ini mulai dari tarikh penyiaran sedemikian, atau dari suatu tarikh yang lebih awal atau terkemudian sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah itu.

Pemansuhan

18. Enakmen Bil Perbendaharaan (Tempatan) Negeri-negeri Melayu

Bersekutu adalah dengan ini dimansuhkan.

20 Undang-Undang Malaysia Akta 188

Jadual

Suggest a correction

JADUAL A

RESIT PENGAKUTERIMAAN STATUTORI

(Dikeluarkan menurut subseksyen 8(6)

Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946)

Nama, alamat, logo, dsb. institusi pendeposit

Nama dan alamat pelanggan Bil

Perbendaharaan:

Tarikh:

Akaun pelanggan Bil Perbendaharaan no.

No.

pengeluaran

Tarikh matang

Tarikh pemindahan

Amaun Bil

Perbendaharaan

RM

.

Kami dengan ini memaklumkan bahawa amaun Bil Perbendaharaan sebanyak

………..adalah dengan ini dipindahkan *oleh/daripada *pelanggan/institusi pendeposit yang tersebut di atas kepada penerima pindahan mulai dari tarikh pemindahan.

#Institusi pendeposit bagi penerima pindahan telah diberitahu tentang pemindahan di atas.

Bil Perbendaharaan (Tempatan) 21

Nama *penerima pindahan/pemindah:

Nama institusi pendeposit bagi *penerima pindahan/pemindah:

...............................................

Tandatangan dibenarkan institusi pendeposit

NOTA: Resit pengakuterimaan ini tidak boleh diniagakan atau diuruskan dalam apa-apa cara jua pun (subseksyen 8(7)).

* Potong mana-mana yang tidak terpakai.

# Potong jika tidak terpakai.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL B

PENYATA BULANAN STATUTORI

(Dikeluarkan menurut subseksyen 9(2) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946)

Nama, alamat, logo, dsb. institusi pendeposit Tarikh:

Nama pelanggan Bil Perbendaharaan

:

Alamat

:

Akaun pelanggan Bil Perbendaharaan no. :

Tarikh pemindahan

Pengeluaran Bil

Perbendaharaan no.

Tarikh matang

Baki pembuka-an

Amaun Bil

Perbendaha-raan yang dipindahkan kepada pelanggan

Amaun Bil

Perbendaha-raan yang dipindahkan daripada pelanggan

Baki penutup

22 Undang-Undang Malaysia Akta 188

Penyata bulanan bagi bulan ............tahun ...........

...........................................

Tandatangan dibenarkan institusi pendeposit

23

Akta 188

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang

Meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Ord. P.T.M. 1/1948

Ordinan Pemindahan Kuasa 1948

06-03-1948

Ord. P.T.M. 13/1949

Ordinan Bil Perbendaharaan

(Tempatan) (Pindaan) 1949 07-03-1949

P.U. 212/1955

Ketetapan Majlis Undangan 21-04-1955

P.U. 113/1956

Perintah Menteri Kewangan 1956

(Seksyen 4) “Setiausaha Kewangan”

diganti dengan “Menteri Kewangan”

02-04-1956

Ord. 64/1957

Ordinan Bil Perbendaharaan

(Tempatan) (Pindaan) 1957

19-12-1957

P.U. 332/1958

Perintah Perlembagaan Persekutuan

(Pengubahsuaian Undang-undang)

(Ordinan dan Perisytiharan) 1958

13-11-1958

Akta 23/1961

Akta Bil Perbendaharaan dan Resit

Deposit (Pindaan) 1961

01-01-1958

Akta 12/1964

Akta Bil Perbendaharaan (Perluasan)

1964

01-01-1964

Akta 40/1965

Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan)

(Pindaan) 1965

30-06-1965

Akta 73/1966

Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan)

(Pindaan) 1966

01-12-1966

Akta A76

Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan)

(Pindaan) 1971

17-09-1971

Akta A312

Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan)

(Pindaan) 1975

15-08-1975

24 Undang-Undang Malaysia Akta 188

Undang-undang yang

Meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A406

Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan)

(Pindaan) 1977

02-09-1977

Akta A668

Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan)

(Pindaan) 1987

16-01-1987

Akta A696

Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan)

(Pindaan) 1988

19-02-1988

Akta A747

Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan)

(Pindaan) 1990

01-01-1990

25

Akta 188

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

1A

Akta A747 01-01-1990

2

Akta A406 02-09-1977

Akta A668 16-01-1987

Akta A696 19-02-1988

Akta A747 01-01-1990

4

Akta A747 01-01-1990

4A

Akta A747 01-01-1990

5

Akta A747 01-01-1990

6

Akta A747 01-01-1990

7

Akta A747 01-01-1990

8-17

Akta A747

01-01-1990

Common questions

What is TREASURY BILLS (LOCAL) ACT 1946?
*AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946 is Malaysia Act, cited as Act 188 1946, currently marked in force and first recorded in 1946.
Is TREASURY BILLS (LOCAL) ACT 1946 still in force?
Yes — TREASURY BILLS (LOCAL) ACT 1946 is currently in force.
When did TREASURY BILLS (LOCAL) ACT 1946 take effect?
TREASURY BILLS (LOCAL) ACT 1946 was first recorded in 1946.
How many sections does TREASURY BILLS (LOCAL) ACT 1946 have?
TREASURY BILLS (LOCAL) ACT 1946 contains 10 sections.
Where can I read the official version of TREASURY BILLS (LOCAL) ACT 1946?
The official text of TREASURY BILLS (LOCAL) ACT 1946 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946 (No. 188) | mylaw.my