Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Institusi pelaburan peserta dan institusi pelaburan utama
(2)
Bank boleh melantik secara bertulis mana-mana institusi pelaburan peserta untuk menjadi institusi pelaburan utama.
(3)
Bank hanya boleh mengeluarkan kepada sesuatu institusi pelaburan utama suatu Bil Perbedaharaan di bawah seksyen 4, dan
Bank hendaklah menyenggara catatan di dalam rekodnya mengenai tiap-tiap Bil Perbendaharaan tersebut.
(4)
Sesuatu institusi pelaburan peserta hendaklah menyenggara suatu akaun tunggal dengan Bank—
(a)
mengenai semua pemindahan Bil-Bil Perbendaharaan kepadanya oleh suatu institusi pelaburan peserta lain atau olehnya sendiri kepada suatu institusi pelaburan peserta lain; dan
(b)
jika institusi pelaburan peserta telah dilantik sebagai institusi pelaburan utama di bawah subseksyen (2), maka hendaklah dimasukkan ke dalam akaun tunggal yang disebut dalam perenggan (a), suatu akaun mengenai semua
Bil-Bil
Perbendaharaan yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (3).
10 Undang-Undang Malaysia Akta 188
(5)
Bank hendaklah membayar balik kepada institusi pelaburan peserta, wang pokok yang dinyatakan dalam setiap
Bil
Perbendaharaan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen
(4)
pada tarikh Bil Perbendaharaan itu genap masanya untuk dibayar, dengan apa-apa jalan dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(6)
Bank hendaklah menyenggara rekod mengenai akaun sesuatu institusi pelaburan peserta, dan rekod tersebut hendaklah menjadi keterangan tunggal dan muktamad tentang kedudukan akaun itu, dan tentang segala butir dan butir terperinci mengenainya, dan rekod tersebut hendaklah mengikat Bank, institusi pelaburan peserta dan mana-mana orang lain yang mempunyai apa-apa kepentingan di dalamnya.
Institusi pendeposit