Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946

Seksyen 8

(2)

Mana-mana orang, selain daripada institusi pelaburan peserta, yang berhasrat sama ada untuk membuat pemindahan atau mengambil pemindahan Bil Perbendaharaan hendaklah melakukan sedemikian hanya melalui institusi pendeposit.

(3)

Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara dengan

Bank, sebagai tambahan kepada akaun yang disenggarakannya di bawah subseksyen 7(4), suatu akaun tunggal berasingan berkenaan dengan semua pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen (2).

(4)

Bank hendaklah membayar balik kepada sesuatu institusi pendeposit wang pokok yang dinyatakan dalam setiap Bil

Perbendaharaan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen

(3)

pada tarikh Bil Perbendaharaan tersebut genap masanya untuk dibayar dengan apa-apa jalan dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(5)

Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan tiap-tiap pemindah dan penerima pindahan yang menjadi pihak dalam mana-mana pemindahan yang

Bil Perbendaharaan (Tempatan) 11

dilaksanakan melalui institusi pendeposit di bawah subseksyen (2), kecuali jika akaun pelanggan berkenaan dengan seseorang penerima pindahan disenggarakan oleh suatu institusi pendeposit lain, dan dalam hal yang demikian institusi pendeposit yang mula-mula disebutkan itu hendaklah menyebabkan Bil Perbendaharaan tersebut dipindahkan ke dalam akaun penerima pindahan dengan institusi pendeposit yang kedua disebutkan itu.

(6)

Jika pemindahan sesuatu Bil Perbendaharaan dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen (2), prosedur berikut hendaklah dipatuhi oleh institusi-institusi pendeposit itu masing-masing:

(a)

institusi pendeposit yang melaluinya pemindahan itu dibuat hendaklah segera mengeluarkan—

(i)

kepada pemindah suatu resit pengakuterimaan statutori dalam borang dalam Jadual A berkenaan dengan pemindahan itu; dan

(ii)

kepada penerima pindahan suatu resit pengakuterimaan statutori dalam borang dalam