Malaysia legislation

Section 16

of AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976

Seksyen 16

Jawatankuasa Lembaga

(2)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai fungsi bagi menimbang teliti perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Lembaga dan membuat syor yang sesuai mengenainya kepada Lembaga.

(3)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)

boleh melantik, jika perlu, satu jawatankuasa kecil atau lebih dalam kalangan anggotanya, atau ia boleh mengko-opt orang yang boleh memberikan sumbangan kepada pertimbangtelitiannya, tetapi seseorang yang diko-opt tidak mempunyai hak untuk mengundi.

(4)

Pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilantik oleh Lembaga atau, jika

Lembaga mengarahkan sedemikian, oleh anggota jawatankuasa dalam kalangan mereka.

(5)

Tertakluk pada Akta ini dan pada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga, sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(6)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menepati apa-apa arahan atau petunjuk yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Lembaga dan Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan, atau mengubah keanggotaan, jawatankuasa yang dilantik sedemikian.

(7)

Peruntukan Jadual Kedua, kecuali perenggan 7, hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) sebagaimana ia terpakai bagi Lembaga.

(8)

Dalam pemakaian Jadual Kedua bagi sesuatu jawatankuasa—

(a)

sebutan mengenai “Lembaga” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “jawatankuasa”;

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 173

(b)

sebutan mengenai “Pengerusi” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pengerusi”; dan

(c)

sebutan mengenai “Menteri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Lembaga”.

Senat 16a.  (1)  Maka hendaklah ditubuhkan Senat Universiti untuk menasihati Lembaga tentang segala perkara akademik Universiti.

(2)

Senat hendaklah terdiri daripada—

(a)

Naib Canselor sebagai Pengerusi;

(b)

semua Timbalan Naib Canselor;

(c)

semua Dekan dan Ketua Sekolah dan Pusat;

(d)

tiga orang wakil daripada Provos yang dilantik oleh Naib

Canselor; dan

(e)

tiga orang anggota kanan kakitangan akademik Universiti.

(3)

Pendaftar hendaklah menjadi Setiausaha Senat.

(4)

Pelantikan di bawah perenggan (2)(e) hendaklah dibuat oleh Lembaga bagi tempoh dua tahun.

(5)

Naib Canselor boleh mengko-opt mana-mana orang lain untuk menjadi anggota Senat atau untuk menghadiri mesyuarat

Senat, tetapi seseorang yang diko-opt tidak mempunyai hak untuk mengundi.

(5a)

Semasa ketiadaan Naib Canselor, seorang Timbalan Naib

Canselor hendaklah mempengerusikan apa-apa mesyuarat Senat.

(6)

Senat hendaklah membuat syor kepada Lembaga tentang segala perkara yang berhubungan dengan—

(a)

kandungan dan penyusunan kursus pengajian yang disediakan di Universiti;

Universiti Teknologi MARA

25

(b)

kaedah pendidikan, pengajaran dan latihan yang dijalankan di Universiti;

(c)

standard pendidikan dalam kursus pengajian yang disediakan di Universiti;

(d)

kurikulum dan kursus pengajian yang dijalankan di Universiti;

(e)

kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan berkenaan dengan mana-mana kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau yang akan dijalankan di

Universiti;

(f)

penetapan kelayakan yang dikehendaki bagi penerimaan masuk ke dalam mana-mana kursus pengajian yang disediakan di Universiti;

(g)

cadangan bagi penubuhan apa-apa kursus pengajian baharu yang akan dijalankan, atau pemberhentian mana-mana kursus pengajian yang sedia ada yang dijalankan, di Universiti; dan

(h)

pengurniaan penghormatan akademik, fellowship, ijazah, diploma, sijil, hadiah, biasiswa dan kepujian akademik yang lain.

(7)

Tiada ketetapan boleh diluluskan oleh Lembaga yang berhubungan dengan mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (6) melainkan jika Senat terlebih dahulu diberi peluang mencatatkan dan menghantar pendapatnya kepada Lembaga tentang perkara itu.

(8)

Bagi maksud membolehkannya melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya, Senat boleh melantik apa-apa jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang terdiri daripada anggotanya dan juga mana-mana orang yang diko-opt sebagai anggota di bawah subseksyen (5), dengan syarat bahawa mana-mana orang yang diko-opt tidak mempunyai hak untuk mengundi.

(9)

Senat boleh mewakilkan mana-mana kewajipan, fungsi atau tanggungjawabnya kepada jawatankuasa atau jawatankuasa kecilnya.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 173

(10)

Tertakluk pada Akta ini, Senat boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(11)

Peruntukan Jadual Kedua, kecuali perenggan 7, hendaklah terpakai bagi Senat yang ditubuhkan di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi Lembaga.

(12)

Dalam pemakaian Jadual Kedua bagi Senat—

(a)

sebutan mengenai “Lembaga” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Senat”; dan

(b)

sebutan mengenai “Menteri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Lembaga”.

Persatuan alumni 16b.  (1)  Tertakluk pada kelulusan Lembaga, maka adalah sah bagi tidak kurang daripada tiga puluh orang siswazah Institut

Teknologi MARA dan siswazah Universiti untuk membentuk dan menubuhkan persatuan alumni masing-masing.

(2)

Setiap persatuan alumni hendaklah dikelolakan dan ditadbirkan mengikut perlembagaannya, dan perlembagaan yang dibuat sedemikian atau apa-apa pindaan kepada perlembagaan itu tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika kelulusan bertulis

Lembaga diperoleh terlebih dahulu.

(3)

Sebutan dalam subseksyen (1) mengenai “Institut Teknologi

MARA” ialah sebutan mengenai Institut Teknologi MARA yang wujud sebaik sebelum tarikh mula berkuat kuasanya seksyen ini.

17-19. (Dipotong oleh Akta A964).

Universiti Teknologi MARA

27

Section 16 — UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ACT 1976 | mylaw.my