Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(2)
Naib Canselor hendaklah berkhidmat dalam jawatannya mengikut kehendak Menteri yang boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan itu tanpa memberikan apa-apa sebab.
(3)
Tertakluk pada peruntukan subseksyen (2), tempoh jawatan dan syarat perkhidmatan lain bagi Naib Canselor hendaklah ditentukan oleh Menteri dan hendaklah mengikat Universiti.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 173
(4)
Naib Canselor hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif, pentadbiran dan akademik Universiti.
(5)
Maka hendaklah menjadi kewajipan Naib Canselor untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan peruntukan kaedah-kaedah dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini dipatuhi, dan dia hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu bagi maksud ini.
(6)
Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan peruntukan kaedah-kaedah dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah
Akta ini, Naib Canselor hendaklah menjalankan pengawasan am ke atas perkiraan bagi pendidikan, pengajaran, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di dalam Universiti, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Akta ini dan mana-mana kaedah-kaedah dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.
(7)
Maka hendaklah ada seorang Timbalan Naib Canselor
Universiti atau lebih yang hendaklah dilantik oleh Menteri, selepas berunding dengan Naib Canselor.
(7a)
Mana-mana orang yang layak dan sesuai sama ada dari dalam atau luar Universiti boleh dilantik sebagai Timbalan Naib
Canselor, dan tempoh jawatan dan syarat perkhidmatan lain bagi
Timbalan Naib Canselor hendaklah ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor.
(8)
Jika bagi apa-apa tempoh yang lama Naib Canselor tidak dapat oleh sebab sakit, bercuti atau apa-apa sebab lain menjalankan mana-mana fungsi jawatannya, Timbalan Naib Canselor atau, jika ada lebih daripada seorang Timbalan Naib Canselor, mana-mana seorang daripada mereka yang dinamakan oleh Menteri hendaklah menjalankan fungsi itu, dan sekiranya Timbalan Naib Canselor atau semua Timbalan Naib Canselor (jika ada lebih daripada seorang)
tidak ada atau hilang upaya, Menteri hendaklah membuat apa-apa perkiraan sementara sebagaimana yang difikirkannya patut bagi penjalanan fungsi itu.
(9)
Timbalan Naib Canselor yang dinamakan di bawah subseksyen (8) hendaklah memangku jawatan Naib Canselor semasa apa-apa tempoh yang jawatan Naib Canselor itu kosong.
Universiti Teknologi MARA
29
Pendaftar