Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
(b)
sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya;
“Jawatankuasa Perwakilan Pelajar” atau “JPP” ertinya Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 23c;
“kakitangan” ertinya—
(a)
mana-mana pegawai atau pekhidmat Universiti;
Universiti Teknologi MARA
9
(b)
mana-mana orang yang dilantik menjadi pensyarah oleh
Lembaga, dan termasuklah profesor kanan, profesor, profesor madya, penolong profesor, reader, pensyarah kanan, penolong pensyarah, dan tutor; atau
(c)
mana-mana orang yang diambil bekerja oleh Lembaga;
“kampus” ertinya kawasan atau kawasan-kawasan, bersama dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara kekal atau selainnya, oleh Universiti;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Universiti Teknologi
MARA yang ditubuhkan di bawah seksyen 24;
“kursus pengajian” termasuklah program latihan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi *pendidikan tinggi;
“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti yang dilantik di bawah seksyen 20 dan termasuklah mana-mana orang lain, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Universiti, dan “Timbalan Naib
Canselor” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar Universiti yang mengikuti apa-apa jenis kursus pengajian dari atau oleh atau di Universiti;
“Pendaftar” ertinya pegawai utama Pejabat Pendaftaran Universiti, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dilantik di bawah seksyen 21;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 13(2)(a);
“persatuan alumni” ertinya persatuan alumni, yang ditubuhkan di bawah seksyen 16b, bagi Institut Teknologi MARA dan Universiti;
*CATATAN—Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021
[P.U. (A) 383/2021].
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 173
“Provos” ertinya pegawai utama eksekutif, pentadbiran dan akademik sesuatu Cawangan, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dilantik di bawah seksyen 7;
“Sekolah atau Pusat” ertinya Sekolah atau Pusat Universiti dan termasuklah Fakulti, Kolej, Jabatan atau Akademi Universiti, dan berhubung dengan suatu Cawangan, termasuklah mana-mana bahagian Sekolah, Pusat, Fakulti, Kolej, Jabatan atau Akademi yang ditetapkan bagi Cawangan itu;
“Senat” ertinya Senat Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 16a;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah subseksyen 1(2);
“Universiti” ertinya Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 dan termasuklah sesuatu Cawangan;
“Universiti” atau “Kolej Universiti” ertinya—
(a)
suatu Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
[Akta 30];
(b)
suatu Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
[Akta 555]; atau
(c)
Universiti atau Kolej Universiti yang lain—
(i)
sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis; atau
(ii)
sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
Universiti Teknologi MARA
11