Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Maka dengan ini ditubuhkan suatu Universiti dengan nama
Universiti Teknologi MARA, yang dengan nama itu Canselor,
Pro-Canselor, Naib Canselor dan anggota Lembaga Pengarah pada masa ini dan Senat adalah dengan ini menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun, dan mempunyai kuasa penuh di bawah nama itu—
(a)
untuk membawa dan dibawa guaman;
(b)
untuk mempunyai dan menggunakan suatu meterai perbadanan dan dari semasa ke semasa untuk memecahkan, menukar, mengubah atau membuat baharu meterai itu sebagaimana yang difikirkannya patut;
(c)
bagi maksud Universiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, untuk membuat kontrak, untuk memperoleh, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih, termasuk apa-apa harta yang mungkin terletak hak padanya melalui pembelian, atau melalui apa-apa pertukaran, pemberian, pendermaan, pemajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;
(d)
bagi maksud Universiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, untuk memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadai, menjual, menggadai janji, memajak, menukar, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hak milik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa jenis harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada
Universiti mengikut apa-apa syarat yang difikirkannya patut;
(e)
untuk menjalankan, melaksanakan dan menunaikan, mengikut peruntukan Akta ini, semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan kepada, diperuntukkan kepada atau dikenakan ke atas Universiti oleh peruntukan itu.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 173
Ketidakpakaian Akta 30 3a. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 tidak terpakai bagi
Universiti.
Kuasa Universiti