Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Meterai perbadanan bagi Universiti hendaklah disimpan dalam jagaan Naib Canselor.
Universiti Teknologi MARA
17
(3)
Meterai perbadanan bagi Universiti tidak boleh dicapkan pada apa-apa surat cara selain ijazah, diploma atau sijil kecuali di hadapan—
(a)
Naib Canselor atau, semasa ketiadaannya, seorang pegawai utama Universiti yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Lembaga; dan
(b)
seorang anggota lain Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga, yang hendaklah menandatangani surat cara itu sebagai tanda bahawa meterai itu telah dicapkan di hadapan mereka, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Universiti yang sah.
(4)
Meterai perbadanan bagi Universiti hendaklah dicapkan pada sesuatu ijazah, diploma atau sijil di hadapan—
(a)
Naib Canselor atau, semasa ketiadaannya, seorang anggota lain Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Lembaga; dan
(b)
Pendaftar, dan mereka hendaklah menandatangani surat cara itu sebagai tanda yang surat cara itu dimeteraikan di hadapan mereka, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Universiti yang sah.
(5)
Meterai perbadanan bagi Universiti hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
(6)
Mana-mana dokumen atau surat cara yang (jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan) tidak dikehendaki untuk dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Universiti dengan syarat bahawa dokumen atau surat cara itu hendaklah disempurnakan bagi pihak Universiti oleh Naib Canselor, atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara am atau secara khas dengan bertulis oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 173
Tempat Universiti