Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
untuk mengadakan kursus pengajian, untuk membuat peruntukan bagi penyelidikan, untuk mengadakan peperiksaan dan untuk mengambil apa-apa langkah lain yang didapati perlu atau wajar bagi pendidikan dan latihan dalam bidang teknologi, sains, perdagangan, perniagaan, perindustrian, pengurusan atau pentadbiran, atau dalam bidang apa-apa kerjaya, di Malaysia atau di tempat lain;
(b)
untuk menganugerahkan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Universiti dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, atau yang ditetapkan;
(ba) untuk menganugerahkan ijazah atau kurniaan kehormat kepada orang yang telah memberikan sumbangan kepada kemajuan atau penyebaran pengetahuan atau yang telah memberikan khidmat awam yang cemerlang sebagaimana yang disyorkan oleh Lembaga setelah berunding dengan
Senat;
(c)
untuk mengiktiraf ijazah, diploma dan sijil mana-mana institusi atau badan pendidikan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, atau yang ditetapkan, bagi maksud penerimaan masuk untuk kursus pengajian dan peperiksaan Universiti;
(ca) untuk mengadakan kerusi, jawatan pensyarah, dan jawatan dan jabatan lain, dan untuk membuat pelantikan baginya;
Universiti Teknologi MARA
13
(d)
untuk mendirikan, melengkapkan dan menyenggarakan perpustakaan, makmal, dewan kuliah, asrama dan segala bangunan lain yang dikehendaki bagi maksud Universiti di Malaysia atau di tempat lain;
(e)
untuk mengadakan dan mengurniakan fellowship, biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah dan bentuk kepujian, kurniaan atau bantuan lain berkenaan dengan pendidikan dan latihan yang diadakan dari atau oleh atau di Universiti;
(f)
untuk membuat kontrak dan untuk melantik kakitangan yang dikehendaki bagi maksud Universiti;
(g)
untuk melantik dan menaikkan pangkat kakitangan
Universiti;
(h)
untuk menentukan syarat perkhidmatan kakitangan Universiti, termasuk skim perkhidmatan, tangga gaji dan cuti;
(i)
untuk menubuhkan skim pencen, persaraan, kumpulan wang simpanan atau kebajikan bagi faedah kakitangannya, dan untuk membuat perkiraan dengan mana-mana pertubuhan atau orang lain bagi penubuhan skim itu;
(j)
untuk mengawal selia dan mengadakan peruntukan bagi kediaman kakitangan dan pelajar Universiti dan kebajikan kakitangan dan pelajar;
(ja) untuk memberikan pinjaman atau pendahuluan kepada kakitangan Universiti;
(jb) untuk memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri;
(jc) untuk menjalankan penyelidikan dan pengeluaran komersial bagi pemajuan dan penggunaan dapatan penyelidikan
Universiti yang berkesan;
(jd) untuk memasarkan dan memfrancaiskan perkhidmatan, dapatan penyelidikan, dan keluaran, Universiti;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 173
(k)
untuk meminta dan menerima apa-apa fi yang dari semasa ke semasa ditentukan oleh Lembaga, atau yang ditetapkan;
(l)
untuk melakukan semua perbuatan dan perkara, sama ada bersampingan atau tidak dengan kuasa yang disebut terdahulu, yang mungkin diperlukan bagi memajukan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di dalam Universiti.
(2)
Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menyatakan—
(a)
Diploma dan Diploma Lanjutan yang dianugerahkan oleh Universiti yang telah diberikan pengiktirafan oleh
Kerajaan sebagai setaraf dengan ijazah pada peringkat
Sarjana Muda; dan
(b)
tarikh Diploma dan Diploma Lanjutan itu diberikan pengiktirafan oleh Kerajaan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a), dan Diploma dan Diploma Lanjutan itu hendaklah mempunyai taraf ijazah yang dianugerahkan pada peringkat Sarjana Muda, dengan atau tanpa kepujian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh pengiktirafan sedemikian, walaupun tarikh pengiktirafan itu ialah tarikh sebelum tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen ini.
Kuasa tambahan Universiti 4a. (1) Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan—
(a)
jika didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penjalanan kuasa, pelaksanaan fungsi dan penjalanan aktiviti Universiti, menyertai penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lain secara bersekutu, atau selainnya, dengan—
(i)
sesuatu perusahaan, syarikat, pengusahaan persendirian atau sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;
Universiti Teknologi MARA
15
(ii)
Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan
Negeri;
(iii)
badan atau pihak berkuasa awam;
(iv)
suruhanjaya; atau
(v)
seseorang;
(b)
menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah *Akta Syarikat 2016 [Akta 777] untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Universiti;
(c)
menubuhkan perbadanan untuk menjalankan dan yang bertanggungjawab bagi, mengendalikan dan menguruskan apa-apa harta, projek, skim atau perusahaan yang pada pendapat Universiti bermanfaat atau berfaedah kepada
Universiti;
(d)
meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Universiti bagi menjelaskan obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya;
(e)
mendapatkan pinjaman di bawah perenggan (d) melalui penerbitan bon, debentur atau saham debentur dalam apa-apa kelas dan dengan apa-apa nilai atau untuk menggadai, menggadai janji, menyandarkan atau selainnya mewujudkan lien ke atas hartanya, sama ada harta alih atau tak alih, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh Universiti;
(f)
bagi maksud pelaburan, memperoleh dan memegang bagi pelaburan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, obligasi dan sekuriti yang diterbitkan atau dijamin oleh—
(i)
mana-mana syarikat atau pengusahaan persendirian atau mana-mana sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;
*CATATAN—Akta Syarikat 2016 [Akta 777] telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 173
(ii)
Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan
Negeri;
(iii)
badan atau pihak berkuasa awam; atau
(iv)
suruhanjaya;
(g)
memperoleh syer, saham, debentur, saham debentur, bon, obligasi atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f)
melalui langganan asal, tender, pembelian, pemindahmilikan, pertukaran atau selainnya;
(h)
menjalankan dan pada amnya menguatkuasakan segala hak dan kuasa yang diberikan melalui atau bersampingan dengan pemunyaan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, obligasi atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) dan khususnya untuk menjual, memindah milik, menukarkan atau selainnya melupuskan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, obligasi atau sekuriti itu; dan
(i)
membeli, mengambil pajakan atau menyewa atau selainnya memperoleh dan melabur dalam apa-apa harta tanah dan harta diri yang perlu atau sesuai bagi mana-mana maksud Universiti.
(2)
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Universiti di bawah perenggan (1)(c).
Meterai perbadanan bagi Universiti