Malaysia legislation

Section 16B

of *AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Seksyen 16B

Pihak berkuasa tatatertib mengenai pelajar Universiti

(2)

Naib Canselor yang menjadi pihak berkuasa tatatertib di bawah subseksyen (1) mempunyai kuasa untuk mengambil apaapa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana kaedah tatatertib yang mungkin dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen 16C.

(3)

Naib Canselor boleh mewakilkan fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana Timbalan Naib Canselor, pekerja

Universiti, atau jawatankuasa pekerja Universiti, berkenaan dengan mana-mana pelajar tertentu atau mana-mana golongan atau kategori pelajar Universiti.

(3A)

Naib Canselor, atau Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa pekerja yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau kewajipan di bawah subseksyen (3), hendaklah memaklumkan pelajar itu secara bertulis alasan bagi tindakan tatatertib yang dicadangkan diambil terhadapnya dan hendaklah memberikannya peluang yang munasabah untuk didengar.

(3B)

Seseorang pelajar Universiti hendaklah mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerja atau pelajar lain Universiti itu dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya.

(3C)

Seseorang pelajar Universiti hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis atau lisan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya.

(3D)

Keputusan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadap seseorang pelajar

Universiti hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu.

(4)

Mana-mana pelajar Universiti yang tidak berpuas hati dengan keputusan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah subseksyen (3D) boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu, mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (5).

Universiti dan Kolej Universiti 25

(5)

Lembaga hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Rayuan

Tatatertib Pelajar untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh seseorang pelajar di bawah subseksyen (4).

(6)

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar hendaklah terdiri daripada tiga orang ahli yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, dua orang daripadanya hendaklah daripada kalangan ahlinya dan seorang lagi daripada Universiti.

(7)

Lembaga hendaklah melantik mana-mana ahlinya yang disebut dalam subseksyen (5) untuk menjadi pengerusi Jawatankuasa Rayuan

Tatatertib Pelajar.

(8)

Tiada seorang pun yang telah menjalankan kuasa di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh menjadi ahli Jawatankuasa Rayuan

Tatatertib Pelajar.

(9)

(Dipotong oleh Akta A1433).

(10)

Seseorang pelajar Universiti yang mengemukakan rayuan di bawah subseksyen (4) hendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulis dalam mana-mana prosiding di hadapan

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.

(11)

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar yang mendengar suatu rayuan di bawah subseksyen (5) hendaklah memutuskan rayuan itu dalam masa enam puluh hari dari tarikh penerimaan rayuan.

(12)

Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar mengenai sesuatu rayuan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusannya.

Kaedah-kaedah tatatertib

Section 16B — UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES ACT 1971