Malaysia legislation
Section 16C
Seksyen 16C
(2)
Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi penggantungan seseorang pelajar
Universiti semasa prosiding tatatertib belum selesai.
(3)
Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan pelajar daripada Universiti.
(4)
Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib dan prosiding rayuan tatatertib.
(5)
Kekhususan perkara yang disebut dalam subseksyen (2), (3)
dan (4) adalah tanpa menyentuh keluasan kuasa Lembaga di bawah subseksyen (1).