Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Yang di-Pertuan Agong boleh pada bila-bila masa meminda
Perlembagaan sesuatu Kolej Universiti itu.
(3)
Peruntukan
Perlembagaan sesuatu
Kolej
Universiti hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh
Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam Malaysia.
(4)
Apa-apa perkara yang dilakukan atau pelantikan yang dibuat untuk dan bagi pihak Kolej Universiti sebelum tarikh Perlembagaan itu mula berkuat kuasa hendaklah, pada dan selepas tarikh itu, disifatkan sebagai telah dibuat untuk, oleh atau bagi pihak Kolej
Universiti itu.
Pemakaian peruntukan dalam Bahagian III kepada Bahagian ini