Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Subseksyen 6(2), seksyen 7, 9, 10, 11, 13, 14, 15, 15A, 15B, 15D,
16, 16B, 16C dan 17 yang terpakai bagi sesuatu Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mutatis mutandis terpakai bagi sesuatu Kolej Universiti yang ditubuhkan atau disifatkan sebagai
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
telah ditubuhkan di bawah Akta ini tertakluk kepada ubah suaian yang berikut, iaitu:
(a)
sebutan mengenai “Universiti” hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai “Kolej Universiti”;
(aa) sebutan mengenai “Lembaga” hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai badan eksekutif Kolej Universiti;
(b)
sebutan mengenai “Canselor”, “Naib Canselor” dan
“Timbalan Naib Canselor” hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai pihak berkuasa yang berkenaan bagi
Kolej Universiti itu;
(c)
sebutan mengenai “Pro-Canselor” hendaklah dipotong; dan
(d)
apa-apa ubah suaian lain yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan seksyen ini.
BAHAGIAN IVA
DAFTAR DAN PANGKALAN DATA
Kewajipan untuk menyenggarakan daftar