Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN-EJEN HARTA TANAH 1981

Seksyen 4

(a)

menjalankan tugas yang diberi kepadanya oleh Akta ini;

(b)

memungut dan menyusun kumpul—

Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 11

dan Pengurus Harta

(i)

apa-apa maklumat yang didapati perlu oleh Ketua

Pengarah untuk membantu pegawai dan penilai dalam membuat penilaian; dan

(ii)

apa-apa maklumat yang didapati perlu oleh Ketua

Pengarah mengenai segala atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan harta;

(ba) menyiarkan maklumat yang dipungut dan disusun kumpul di bawah perenggan (b), kecuali jika maklumat itu diklasifikasikan sebagai sulit oleh, atau bagi pihak, Kerajaan atau mana-mana

Kerajaan Negeri;

(bb) memberikan maklumat dan nasihat kepada Kerajaan dan mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana orang mengenai perkara yang berkaitan dengan harta;

(bc) mengadakan perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan latihan, perkhidmatan penyelidikan dan perkhidmatan lain yang berhubungan dengan fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta ini kepada Kerajaan dan mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana orang; dan

(c)

amnya menyiasat dan memberi laporan kepada Menteri atas apa-apa perkara yang difikirkannya mungkin dapat memajukan standard penilaian, perejenan harta tanah dan perkhidmatan harta lain di Malaysia.

(1A)

Bagi maksud menyediakan perkhidmatan penyelidikan di bawah perenggan (1)(bc), Ketua Pengarah boleh—

(a)

menjalankan penyelidikan asas atau gunaan;

(b)

memberikan perkhidmatan nasihat atau perundingan;

(c)

mentauliahkan atau mengambil kerja mana-mana orang untuk melakukan penyelidikan;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 242

(d)

mengeluarkan apa-apa bantuan; dan

(e)

menyelaraskan penjalanan penyelidikan yang dilakukan oleh

Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain.

(2)

Ketua

Pengarah hendaklah menjalankan segala atau mana-mana fungsi yang berikut untuk

Kerajaan atau untuk mana-mana Kerajaan Negeri dan boleh menjalankan fungsi sedemikian untuk mana-mana pihak berkuasa tempatan, badan berkanun atau pertubuhan perbadanan yang dalamnya Kerajaan atau Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan dan selanjutnya boleh menjalankan fungsi sedemikian untuk mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri:

(a)

melakukan penilaian mengenai semua tanah dan bangunan termasuk perabot, lekapan, stok tred, loji atau jentera dan barang lain;

(b)

melakukan penilaian mengenai tanah dan bangunan yang dikehendaki untuk kajian kemungkinan, prosiding mahkamah, timbang tara atau maksud lain;

(c)

bertindak sebagai ejen harta tanah termasuk mengadakan rundingan mengenai penjualan, pembelian, sewaan dan penyewaan melalui perjanjian, lelong atau tender; dan

(d)

melakukan pengurusan harta, pengurusan projek dan menyediakan atau menyemak dan memeriksa inventori perabot, lekapan, stok tred, loji atau jentera dan barang lain.

(3)

Berkenaan dengan perenggan (1)(b) dan (bb), Ketua Pengarah boleh, kecuali jika maklumat itu diklasifikasikan sebagai sulit oleh, atau bagi pihak,

Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri, menurut budi bicaranya memberi mana-mana orang atau golongan orang apa-apa maklumat yang dipungut atau disusun kumpul olehnya apabila dibayar fi atau caj yang ditetapkan oleh

Menteri.

(3A)

Maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (3) boleh termasuk—

Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 13

dan Pengurus Harta

(a)

butir-butir mengenai mana-mana penjualan atau pindah milik tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya;

(b)

maklumat mengenai kedudukan pembekalan dan permintaan mengenai harta;

(c)

maklumat mengenai terdapatnya sumber pembiayaan bagi pembelian atau pemajuan harta;

(d)

maklumat mengenai pergerakan harga harta dan sewa harta;

(e)

maklumat mengenai pemajuan harta (termasuk kos pemajuan), pelaburan harta dan pengurusan harta dalam segala atau mana-mana sektor pasaran harta; dan

(f)

maklumat yang perlu bagi pemajuan indeks pasaran harta dan indeks kos.

(4)

Berkenaan dengan perkhidmatan yang disebut dalam perenggan 1(bc)

dan subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh, kecuali jika perkhidmatan itu diberikan kepada Kerajaan, mengenakan ke atas mana-mana orang atau golongan orang apa-apa fi dan caj yang ditetapkan oleh Menteri.

(5)

Fi dan caj yang ditetapkan di bawah seksyen ini boleh dikurangkan, diketepikan atau dibayar balik sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Menteri.

Memasuki tanah, bangunan, dsb.

Section 4 — VALUERS, APPRAISERS AND ESTATE AGENTS ACT 1981