Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Fungsi Ketua Pengarah adalah –
(a)
apabila semunasabahnya perlu bagi maksud menjalankan fungsi
Ketua Pengarah di bawah Akta ini, memasuki pada setiap waktu yang munasabah mana-mana tanah, bangunan atau premis, dan memeriksanya tanpa dikenakan liabiliti kerana menceroboh;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 242
(b)
mengemukakan sama ada secara lisan atau secara bertulis kepada pemunya atau ejennya atau orang yang menduduki atau menjaga tanah, bangunan atau premis itu apa-apa soalan yang berkaitan untuk membolehkannya menjalankan fungsinya di bawah Akta ini secara profesional; dan
(c)
memeriksa apa-apa buku, dokumen dan kertas yang ada dalam simpanan mana-mana orang, termasuk seorang pekhidmat awam, bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini dan dengan tidak dikenakan bayaran membuat cabutan daripadanya.
(2)
Jika setelah diberitahu tentang maksud hendak memasuki dan memeriksa tanah, bangunan atau premis itu, atau semasa mengemukakan soalan atau semasa meminta hendak memeriksa buku, dokumen atau kertas yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini, ejen atau orang itu enggan atau tidak membenarkan masuk atau dijalankan pemeriksaan itu, atau enggan atau sengaja tidak menjawab sepanjang yang dia ketahui atau percayai apa-apa soalan seperti itu sama ada secara lisan atau secara bertulis sebagaimana dikehendaki oleh penyoal itu, atau dengan sengaja membuat apa-apa kenyataan palsu bagi menjawab soalan itu, atau enggan membenarkan buku, dokumen atau kertas itu diperiksa atau cabutan dibuat daripadanya, maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi *sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Pengemukaan maklumat yang berkaitan