Malaysia legislation
Section 13
of AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2011
Seksyen 13
Pindaan seksyen 22c
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “berdaftar” perkataan “atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan perejenan harta tanah”;
(ii)
dalam perenggan (b)—
(a)
dengan memasukkan selepas perkataan “papan tanda” perkataan “atau poster”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas perkataan
“berdaftar” perkataan “atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan perejenan harta tanah”;
(iii)
dalam perenggan (ba)—
(a)
dengan menggantikan perkataan “jualan atau mempelawa tawaran untuk membeli”
dengan perkataan “jualan, sewaan atau pajakan atau mempelawa tawaran untuk membeli, menyewa atau memajak”; dan
(b)
dalam proviso kepada perenggan itu, dengan memasukkan selepas perkataan “prinsipal”
perkataan “atau seseorang ejen harta tanah”; dan 10
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1404
(iv)
dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan “fi,” perkataan “komisen,”;
(b)
dalam perenggan (2)(a), dengan memasukkan selepas perkataan “atau menyewa” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau memajakkan atau mensubpajakkan”;
dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Peruntukan-peruntukan yang berhubungan dengan amalan perejenan harta tanah dalam subseksyen
(1)
dan (2) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu firma.”.
Seksyen baru 22e