Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen
Harta Tanah (Pindaan) 2011.
/akn/my/act/amendment_act/2011/A1404
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2011 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1404 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen
Harta Tanah (Pindaan) 2011.
Pindaan seksyen 2
Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 [Akta 242], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan memasukkan selepas perkataan “orang ramai”
perkataan “atau kepada mana-mana individu atau firma”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “penyewaan tanah dan bangunan dan mengenai apa-apa kepentingan dalamnya” perkataan “termasuk tindakan membuat makluman tentang adanya tanah, bangunan atau apa-apa kepentingan dalamnya untuk jualan atau pelupusan lain itu, pembelian atau pengambilan lain, pemajakan atau penyewaan”;
undang-undang malaysia
Akta A1404
Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen
Harta Tanah (Pindaan) 2011
4
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1404
dalam takrif “ditetapkan”, dengan memasukkan selepas perkataan “garis panduan,” perkataan “standard,”;
dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “pemohon” ertinya seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah perseorangan berdaftar atau suatu firma penilaian, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan;’; dan
dalam takrif “pengurusan harta” dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “dan pembelian” dengan perkataan “, pembelian dan penyewaan”.
Pindaan seksyen 4
Seksyen 4 Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Bagi maksud menyediakan perkhidmatan penyelidikan di bawah perenggan (1)(bc), Ketua
Pengarah boleh—
mentauliahkan atau mengambil kerja mana-mana orang untuk melakukan penyelidikan;
menyelaraskan penjalanan penyelidikan yang dilakukan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain.”; dan
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
dengan memasukkan selepas perkataan “dalam”
perkataan “perenggan (1)(bc) dan”; dan
dengan menggantikan perkataan “apa-apa fi” dengan perkataan “ke atas mana-mana orang atau golongan orang apa-apa fi dan caj”.
Pindaan seksyen 10
Seksyen 10 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (hb), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (hb) perenggan yang berikut:
“(hc) menetapkan kaedah-kaedah mengenai pengambilan insurans tanggung rugi profesional bagi penilai, pentaksir dan ejen harta tanah terhadap apa-apa kelas liabiliti profesional;
(hd) menetapkan standard, arahan, surat pekeliling atau garis panduan untuk melaksanakan peruntukan
Bahagian III hingga Bahagian VIII; dan”.
Seksyen baru 10a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10
seksyen yang berikut:
Quoted provision
Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada dua orang atau lebih yang merupakan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Tatacara dan fungsi mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah ditentukan oleh
Lembaga.
Lembaga boleh, secara bertulis, mewakilkan kepada jawatankuasa mana-mana fungsinya selain fungsi yang dikehendaki oleh Menteri secara nyata melalui kaedah-kaedah supaya dilaksanakan oleh Lembaga.”.
Pindaan seksyen 12
“Jawatankuasa
dengan memasukkan selepas perkataan “brosur,” perkataan
“buku panduan,”.
Pindaan seksyen 16
Seksyen 16 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan
“dalam borang yang ditetapkan oleh Lembaga” perkataan
“dan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Bagi maksud subseksyen (1), kuasa untuk menjalankan amalan sebagai seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar perseorangan hendaklah tertakluk kepada syarat bahawa amalan itu adalah menurut seksyen 23.”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Menteri” dengan perkataan “Lembaga”.
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
7
Pindaan seksyen 17
Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (aa) perenggan yang berikut:
“(ab) dia tidak pernah membuat pernyataan atau mengesahkan atau mengaku saksi dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir matan;
(ac) dia tidak secara tidak jujur merahsiakan fakta matan;
(ad) dia tidak memberikan maklumat yang palsu;”.
Seksyen baru 17a
seksyen yang berikut:
“Pendaftaran penilai percubaan 17a. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap orang berhak menuntut namanya dimasukkan sebagai penilai percubaan di bawah Daftar Penilai Percubaan/Ejen Harta Tanah
Percubaan setelah membuat permohonan kepada Lembaga dan membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa—
dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya;
dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga;
dia telah mengemukakan semua dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga.
8
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1404
Lembaga boleh menghendaki supaya pemohon mengemukakan apa-apa dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga berkaitan supaya Lembaga berpuas hati tentang apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (1).”.
Pindaan seksyen 19
Seksyen 19 Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas perkataan “bangunan”
perkataan “dan segala kepentingan mengenainya”;
dan
dengan menggantikan perkataan “atau jentera”
dengan perkataan “, jentera, peralatan”; dan
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “bangunan” perkataan “dan segala kepentingan mengenainya”.
Pindaan seksyen 21
Seksyen 21 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (1)(a), dengan memasukkan selepas perkataan “penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar”
perkataan “atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Peruntukan yang berhubungan dengan sekatan ke atas amalan penilaian dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu firma.”.
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
9
Pindaan seksyen 22a
Subseksyen 22a(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) dia tidak pernah membuat pernyataan atau mengesahkan atau mengaku saksi dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir matan;
(ab) dia tidak secara tidak jujur merahsiakan fakta matan;
(ac) dia tidak memberikan maklumat yang palsu;”.
Pindaan seksyen 22c
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “berdaftar” perkataan “atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan perejenan harta tanah”;
dengan memasukkan selepas perkataan “papan tanda” perkataan “atau poster”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan
“berdaftar” perkataan “atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan perejenan harta tanah”;
dengan menggantikan perkataan “jualan atau mempelawa tawaran untuk membeli”
dengan perkataan “jualan, sewaan atau pajakan atau mempelawa tawaran untuk membeli, menyewa atau memajak”; dan
dalam proviso kepada perenggan itu, dengan memasukkan selepas perkataan “prinsipal”
perkataan “atau seseorang ejen harta tanah”; dan 10
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1404
dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan “fi,” perkataan “komisen,”;
dalam perenggan (2)(a), dengan memasukkan selepas perkataan “atau menyewa” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau memajakkan atau mensubpajakkan”;
dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Peruntukan-peruntukan yang berhubungan dengan amalan perejenan harta tanah dalam subseksyen
dan (2) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu firma.”.
Seksyen baru 22e
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22d seksyen yang berikut:
“Pendaftaran ejen harta tanah percubaan 22e. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, tiap-tiap orang berhak menuntut namanya dimasukkan sebagai ejen harta tanah percubaan dalam Daftar Penilai
Percubaan/Ejen Harta Tanah Percubaan setelah membuat permohonan kepada Lembaga dan membuktikan sehingga
dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya;
dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga;
dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
Lembaga boleh menghendaki supaya pemohon mengemukakan kepadanya apa-apa dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga berkaitan supaya
Lembaga berpuas hati tentang apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (1).”.
Pindaan seksyen 23
Lembaga berpuas hati bahawa—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “fi,” perkataan “komisen,”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Sesuatu ketuanpunyaan tunggal yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh didaftarkan oleh Lembaga melainkan jika—
tuan punya tunggal bagi ketuanpunyaan tunggal itu merupakan penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan;
kepentingan dalam ketuanpunyaan tunggal itu terletak hak semata-mata pada tuan punya tunggal itu; dan
tuan punya tunggal bagi ketuanpunyaan tunggal itu telah memenuhi semua syarat yang ditentukan oleh Lembaga.”;
dalam perenggan (a), dengan menggantikan subperenggan (i), (ii) dan (iii) dengan subperenggan yang berikut:
“(i) dalam hal suatu amalan penilaian—
suatu gabungan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar dan ejen harta tanah berdaftar; atau
suatu gabungan penilai berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain;
suatu gabungan pentaksir berdaftar, penilai berdaftar dan ejen harta tanah berdaftar; atau
suatu gabungan pentaksir berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain;
dan
suatu gabungan ejen harta tanah berdaftar, penilai berdaftar dan pentaksir berdaftar; atau
suatu gabungan ejen harta tanah berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain;”; dan
dalam subperenggan (ii), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan itu; dan
dengan memasukkan selepas subperenggan
subperenggan yang berikut:
“(iv) dalam hal suatu perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang semua pekongsi bagi perkongsian itu atau semua pengarah dan pemegang syer pertubuhan
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
13
perbadanan itu adalah suatu gabungan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar dan ejen harta tanah berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain—
dalam hal suatu amalan penilaian, oleh suatu majoriti penilai yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti;
dalam hal suatu amalan pentaksiran, oleh suatu majoriti pentaksir yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti; dan
dalam hal suatu amalan perejenan, oleh suatu majoriti ejen harta tanah yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti; dan”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Walau apa pun subseksyen (2) atau (4),
Lembaga hendaklah membatalkan pendaftaran sesuatu firma jika Lembaga mendapati bahawa—
firma itu atau mana-mana pekongsi atau pengarahnya telah melanggar atau tidak mematuhi atau tidak melaksanakan mana-mana terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh
Lembaga semasa memberikan kelulusan;
komposisi pekongsi dalam perkongsian atau pengarah pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah itu tidak mematuhi kehendak dalam subseksyen (2);
pemegangan syer bagi perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah itu tidak mematuhi kehendak dalam subseksyen (2);
mana-mana pekongsi bagi perkongsian atau pengarah bagi pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah, sama ada pekongsi
14
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1404
atau pengarah itu merupakan seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar atau selainnya, melakukan, atau telah menyumbang kepada, mana-mana perbuatan yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) atau (c); dan
firma itu telah melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(7) Jika seseorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang menjalankan amalan sebagai tuan punya tunggal dipotong namanya daripada Daftar Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta
Tanah atau digantung daripada menjalankan amalan, dia hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemotongan nama atau penggantungan itu, memuaskan hati Lembaga bahawa dia telah membuat perkiraan yang sesuai untuk menyediakan bagi kliennya penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, semasa tempoh pemotongan namanya atau penggantungannya.
Penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar itu hendaklah, apabila menyediakan bagi kliennya penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain di bawah subseksyen (7)—
mengarahkan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain itu untuk—
mengambil alih pengurusan firmanya;
dan
menerima dan mengakaunkan semua jumlah wang yang kena dibayar kepada firma itu dan dipegang olehnya atau firmanya bagi pihak kliennya; dan
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
menyerahkan kepada penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain itu semua dokumen, buku akaun, rekod dan baucar dan apa-apa dokumen lain dalam milikan atau kawalannya.
Jika seseorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang menjalankan amalan di bawah suatu perkiraan perkongsian dipotong nama daripada Daftar Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta
Tanah atau digantung daripada menjalankan amalan, dia hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemotongan namanya atau penggantungan itu, memuaskan hati Lembaga bahawa dia telah membuat perkiraan yang sesuai untuk menyerahkan semua kliennya dan semua dokumen yang berkaitan yang ada dalam milikannya kepada pekongsinya.
Jika nama sesuatu firma berdaftar dipotong daripada Daftar Firma atau semua pekongsi atau pengarahnya digantung daripada menjalankan amalan, pekongsi atau pengarah itu hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemotongan nama atau penggantungan itu, memuaskan hati Lembaga bahawa mereka telah membuat perkiraan yang sesuai untuk menyediakan bagi kliennya firma penilaian berdaftar, pentaksiran berdaftar atau perejenan harta tanah berdaftar yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, semasa tempoh pemotongan nama atau penggantungannya itu.
Pekongsi atau pengarah suatu firma berdaftar hendaklah, apabila menyediakan bagi kliennya penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain di bawah subseksyen (10)—
mengarahkan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain itu untuk—
mengambil alih pengurusan firmanya;
dan
menerima dan mengakaunkan semua jumlah wang yang kena dibayar kepada firma itu dan dipegang olehnya atau firmanya bagi pihak kliennya; dan 16
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1404
menyerahkan kepada penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain itu semua dokumen, buku akaun, rekod dan baucar dan apa-apa dokumen lain dalam milikan atau kawalannya.
Jika seseorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar tidak mematuhi subseksyen (7) atau (10),
Lembaga boleh melantik seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menguruskan firmanya jika difikirkan oleh Lembaga bahawa firmanya perlu dikekalkan demi kepentingan awam atau kepentingan klien atau profesionnya.
Seseorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar yang dilantik di bawah subseksyen (12)
hendaklah—
melakukan usahanya yang terbaik untuk melaksanakan dan menjalankan perniagaan itu dengan cara yang sepatutnya dan cekap;
menerima dan mengakaunkan semua jumlah wang yang kena dibayar kepada firma itu atau yang dipegang olehnya; dan
menyediakan untuk pemeriksaan Lembaga kesemua akaun atau rekod lain firma itu.
Jika seseorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar yang menjalankan amalan sebagai tuan punya tunggal meninggal dunia, semua hak untuk mengendalikan atau selainnya membuat urusan tentang, mana-mana akaun bank atas nama penilai, pentaksir atau ejen harta tanah atau firmanya hendaklah, walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam Akta ini, terletak hak pada wakil diri penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar itu dan hendaklah boleh dijalankan mulai dari kematian penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar itu sehingga selesai tertakluk kepada kelulusan dan penyeliaan Lembaga.
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
Bagi maksud subseksyen (14), “akaun bank”
ertinya suatu akaun bank yang ke dalamnya wang klien dibayar.”.
Pindaan seksyen 24
Seksyen 24 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan
“atau 22a” dengan perkataan “, 22a atau 22d”;
dalam perenggan (e), dengan memasukkan selepas perkataan “apa-apa” perkataan “syarat atau”;
dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (g), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah;
dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:
“(h) telah membenarkan mana-mana orang yang tidak dibenarkan untuk menjalankan perniagaan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah atas namanya;
atau
telah menjalankan sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa profesion, tred, perniagaan atau pekerjaan yang tidak bersesuaian dengan amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah,”;
dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu; dan 18
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1404
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;
dan
dengan memasukkan selepas perenggan (v) perenggan yang berikut:
“(vi) melarangnya daripada membuat permohonan kepada Lembaga bagi pendaftaran sehingga semua syarat yang ditentukan oleh Lembaga telah dipatuhi.”;
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “akhbar” perkataan “atau apa-apa media lain termasuk media elektronik”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah perenggan (1)(iii), (iv) dan (v) boleh disiarkan dalam apa-apa penerbitan yang difikirkan patut oleh
Lembaga jika tiada rayuan terhadap perintah itu dibuat di bawah seksyen 27 dalam tempoh empat puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat.”.
Pindaan seksyen 25
Seksyen 25 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) telah diperakui oleh pegawai perubatan kerajaan sebagai tidak sempurna akal atau oleh sebab apa-apa kelemahan lain pada tubuh badan atau fikiran atau apa-apa sebab lain, menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan fungsi sebagai penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar dengan berkesan;”;
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(ca) telah dihukum bankrap;”; dan
dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan “itu” perkataan “atau tidak mematuhi apa-apa syarat pembaharuan”;
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“amalan” perkataan “atau, dalam hal penilai percubaan atau ejen harta tanah percubaan, surat pendaftarannya”;
dan
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;
dan
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) yang telah dibubarkan atau dibatalkan pendaftarannya di bawah undang-undang yang di bawahnya firma itu diperbadankan atau didaftarkan; atau
jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(ca), (d) dan (e) telah berlaku.”.
Pindaan seksyen 29
Subseksyen 29(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “secara bertulis” dengan perkataan “dalam borang yang ditetapkan”.
Pindaan seksyen 30
dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1) seksyen itu;
20
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1404
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “Daftar” perkataan “atau Daftar Penilai
Percubaan/Ejen Harta Tanah Percubaan atau Daftar
Firma”;
dalam perenggan (h), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;
dengan memasukkan selepas perenggan (i) perenggan yang berikut:
“(j) membantu dan bersubahat dalam pelakuan kesalahan di bawah Akta ini,”;
dengan menggantikan perkataan “dua puluh lima”
dengan perkataan “tiga ratus”; dan
dengan menggantikan perkataan “lima ratus” dengan perkataan “satu ribu”; dan
bertindak sebagai seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah bagi mana-mana pihak atau bertindak atas apa-apa sifat sebagai seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah sama ada matlamat asas atau utama perniagaannya ialah penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah atau sama ada apa-apa bahagian sampingan perniagaannya merupakan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah; atau
dengan sengaja atau dengan palsu berpura-pura menjadi, atau memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang membayangkan bahawa dia mempunyai
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
21
kelayakan atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak sebagai, seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah, atau bahawa dia mempunyai kelayakan atau kuasa sedemikian menurut undang-undang, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(2) Mana-mana orang yang, tanpa apa-apa kuasa yang sah—
Tiada kos, komisen, fi, upah atau apa-apa balasan lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang tidak diberi kuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang merupakan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh dituntut dalam mana-mana mahkamah.”.
Pindaan seksyen 31
Subseksyen 31(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “sepuluh” dengan perkataan “dua ratus”.