Malaysia legislation
Section 16
of AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2011
Seksyen 16
Seksyen 24 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan
“atau 22a” dengan perkataan “, 22a atau 22d”;
(ii)
dalam perenggan (e), dengan memasukkan selepas perkataan “apa-apa” perkataan “syarat atau”;
(iii)
dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
(iv)
dalam perenggan (g), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah;
(v)
dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:
“(h) telah membenarkan mana-mana orang yang tidak dibenarkan untuk menjalankan perniagaan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah atas namanya;
atau
(i)
telah menjalankan sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa profesion, tred, perniagaan atau pekerjaan yang tidak bersesuaian dengan amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah,”;
(vi)
dalam perenggan (iv)—
(a)
dengan menggantikan perkataan “lima”
dengan perkataan “sepuluh”;
(b)
dengan menggantikan perkataan “tetapi tanpa” dengan perkataan “dan”; dan
(c)
dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu; dan 18
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1404
(vii)
dalam perenggan (v)—
(a)
dengan menggantikan perkataan “sepuluh”
dengan perkataan “dua puluh lima”;
dan
(b)
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;
dan
(viii)
dengan memasukkan selepas perenggan (v) perenggan yang berikut:
“(vi) melarangnya daripada membuat permohonan kepada Lembaga bagi pendaftaran sehingga semua syarat yang ditentukan oleh Lembaga telah dipatuhi.”;
(b)
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “akhbar” perkataan “atau apa-apa media lain termasuk media elektronik”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah perenggan (1)(iii), (iv) dan (v) boleh disiarkan dalam apa-apa penerbitan yang difikirkan patut oleh
Lembaga jika tiada rayuan terhadap perintah itu dibuat di bawah seksyen 27 dalam tempoh empat puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat.”.
Pindaan seksyen 25